You are currently viewing ‘Payudara tak rasa bengkak, susu dah sikit ke?’

‘Payudara tak rasa bengkak, susu dah sikit ke?’

‘Kenapa sekarang saya tak rasa payudara saya penuh macam dalam pantang? ‘

‘Saya dah tak pernah rasa bengkak susu lagi, susu saya dah drop ke? ‘

PAYUDARA BENGKAK petanda SUSU BANYAK adalah Mitos !

Apabila payudara bengkak, memanglah nampak hasil perahan banyak kerana ibu membiarkan payudara penuh terlalu lama. Tapi susu yang akan terhasil banyak waktu itu ialah Foremilk-susu yang kelihatan lebih cair, berbanding Hindmilk-susu yang kelihatan lebih pekat kerana mengandungi lemak yang tinggi). Payudara juga akan menghasilkan lebih banyak Feedback Inhibitor of Lactation atau FIL, sejenis protein yang akan mengurangkan penghasilan susu pada sesi berikutnya.

Jika situasi ini berterusan, penghasilan susu akan berkurang kerana otak mendapat input PERMINTAAN BAYI BERKURANGAN-kurang demand .

Ibu yang bayinya menyusu terus pada payudara, pastikan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga tempoh yang secukupnya sebelum bertukar ke payudara yang sebelah lagi.  Ini adalah penting bagi memastikan supaya mendapat Hindmilk yang mencukupi.

  • Tempoh 5-8 minit pertama, bayi akan mendapat Foremilk.
  • Hindmilk akan keluar selepas 8-10 minit. Hindmilk mengandungi molekul lemak yang lebih besar, kerana itu Hindmilk lebih lambat keluar kerana ‘memberi laluan’ kepada molekul susu lain yang lebih kecil untuk keluar dahulu.


Jika bayi mempunyai masalah kenaikan berat (tidak ada masalah lekapan cetek, tongue tie, dll), pastikan ibu menyusu di sebelah payudara lebih lama sebelum bertukar ke payudara satu lagi agar bayi mendapat Hindmilk yang mencukupi.

Nad Masrom.
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply