You are currently viewing EMOSI TERJEJAS SEBAB SUSU SIKIT?

EMOSI TERJEJAS SEBAB SUSU SIKIT?

Ramai ibu-ibu merungut tentang penghasilan susu yang semakin berkurang. “Malas la nak menyusu macam ni!”

Tapi adakah ibu-ibu tahu punca susu ibu mula berkurang?

Jom kenali 7 punca susu ibu sikit.

1. Kurang kekerapan menyusukan bayi Penyusuan susu ibu sangat berkait rapat dengan kekerapan ibu mengeluarkan susu sama ada melalui penyusuan secara terus dengan bayi atau perahan. Bila ibu kurang kerap menyusukan bayi selepas kelahiran atau di rumah, maka penghasilan susu akan merudum.

 2. Saluran susu tersumbat Penyusuan yang tidak efektif seperti posisi dan lekapan yang salah boleh menyebabkan susu tidak dikeluarkan secara optimum dan menyebabkan masalah saluran susu tersumbat. Perhatikan payudara ibu-ibu jika ada masalah ini dan atasi segera agar penghasilan susu ibu kembali pulih.

3. Jadual perahan Ibu-ibu yang sibuk bekerja kadang-kadang tak sempat-sempat nak memerah di tempat kerja. Maka jadual perahan menjadi tidak konsisten dan penghasilan susu mula berkurang.

4. Bayi sudah mula makan Bayi yang sudah mula makan makanan pejal akan mula kurang minum susu. Tapi biasanya tidaklah begitu ketara kerana bayi masih lagi memerlukan lebih kurang 70% susu dalam sehari. Ibu tenang sahaja, kerapkan menyusu dan memerah seperti biasa. Perubahan corak penyusuan bayi bila sudah mula makan ini adalah normal sahaja.

5. Perubahan hormon Pengambilan pil perancang, datang haid atau mengandung – antara faktor susu ibh mula berkurang.

6. Penjagaan diri ibu Pemakanan yang tidak seimbang, tidak minum air yang mencukupi, kurang tidur dan rehat, stress atau sakit menjadi punca susu ibu berkurang. Pastikan ibu sentiasa menjaga kesihatan dan emosi agar penghasilan susu ibu terus kekal mencukupi.

7. Faktor breast pump Size corong yang kurang sesuai mungkin menjadi faktor penghasilan susu tidak optimum. Pastikan sebelum memilih breast pump, ukuran puting bersesuaian. Selain itu mungkin juga berpunca dari spare parts breast pump yang perlu ditukar ganti.

BIAR TAK MERIAH, ASALKAN CUKUP UNTUK BAYI !

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply