You are currently viewing TIPS PENYUSUAN AWAL SELEPAS KELAHIRAN

TIPS PENYUSUAN AWAL SELEPAS KELAHIRAN

1. Makan dulu Pastikan sebelum masuk ke labour room ibu-ibu dah makan. Kalau belum makan, bagi tahu staff yang ibu nak makan dulu.

2. Kena positif sewaktu hadapi sakit contraction Sakit contraction memang tak terungkap. Tapi ibu-ibu kena cuba kuat hadapi saat ni. Bacalah zikir “Laillahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin” sewaktu sakit contraction datang.

Caranya waktu sakit datang, tarik nafas dalam-dalam, baca zikir dan hembus nafas perlahan-lahan. Kalau suami dapat temankan lebih baik. Pegang tangan suami sekuat hati waktu sakit tu datang.

Bila rasa haus, minum air yang disediakan. Bila ibu baca zikir dan boleh kawal pernafasan dengan baik, in shaa Allah ibu akan ada tenaga nanti lepas bersalin.

3. Maklumkan kepada jururawat dan doktor Sekiranya bayi perlu ditahan di NICU, minta izin jururawat dan doktor untuk susukan bayi selepas kelahiran. Jika bayi tak ada masalah pernafasan dan lain-lain, mereka akan benarkan ibu menyusu sebelum bayi dibawa ke NICU.

4. Terus menyusukan bayi selepas kelahiran Selepas jahitan (sekiranya ada), ibu boleh terus susukan bayi. Lihat cue feeding dari bayi. Bila bayi mula menghisap jari atau seperti menghidu sesuatu, bayi sudah bersedia untuk disusukan.

5. Pilih hospital Rakan Bayi Carilah hospital Rakan Bayi yang mesra penyusuan susu ibu. Sekiranya ibu akan bersalin di hospital swasta, pilihlah hospital rakan bayi juga.

Untuk hospital kerajaan tak ada masalah kerana ibu dan bayi memang room in (jika bayi @ ibu tak ada masalah). Cuma di hospital swasta memang disediakan khidmat nursery (termasuk dalam pakej bayaran) di mana bayi akan diasingkan dari ibu untuk beri peluang ibu berehat selepas kelahiran. Jadi, ibu yang bersalin di hospital swasta boleh maklumkan kepada jururawat bertugas untuk bawakan bayi kepada ibu bila ibu ingin menyusukan bayi.

Atau ibu boleh sediakan awal-awal Birth Plan dan maklumkan yang ibu ingin menyusukan bayi hanya dengan susu ibu selepas bersalin nanti. Pihak hospital akan maklum dengan lebih awal tentang permintaan ibu-ibu semua.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply