Kenapa susu boleh tiba-tiba banyak?
Bukan ke banyak atau sikit susu bergantung kepada demand dan supply?
Sebelum jawab soalan di atas, perasan tak ibu-ibu,
– Bila ibu makan makanan sedap: SUSU BANYAK.
– Bila suami beri hadiah: SUSU BANYAK.
– Bila ibu window shopping sambil pam susu (scroll shopee sampai lemas): SUSU BANYAK.
– Dan ada juga ibu-ibu yang bila dia tengok video atau gambar anak, SUSU BANYAK.
Kerana dalam susu ibu ada 2 hormon penyusuan yang sangat penting. Salah satunya ialah hormon oksitosin yang membantu reflek ejeksi susu. Bila ibu gembira dan kurang tekanan, maka rembesan hormon oksitosin meningkat dan dalam ibu tak sedar, susu ibu dapat dikeluarkan lebih banyak.
Ada pula ibu yang lalui pengalaman sebaliknya. Bila pam di tempat ramai orang seperti tempat kerja, ibu jadi resah gelisah sebab malu dan susu tak nak keluar. Ada juga ibu yang perlu pam dalam keadaan sunyi dan tenang agar reflek ejeksi susu tidak terganggu. Ini semua gara-gara hormon oksitosin yang mainkan peranan dalam pengeluaran susu ibu. Bila refleks oksitosin berlaku, ibu akan rasa denyutan di payudara ketika susu dikeluarkan.
Hormon OKSITOSIN: fungsi untuk mengeluarkan susu.
KELEBIHAN:
1. Memberi rasa seronok dan ceria.
2. Mengurangkan paras hormon stress seperti adrenalin dan menenangkan ibu.
3. Memberi perasaan kasih sayang, mengambil berat, berkomunikasi dengan positif, dan membekalkan ibu dengan kenangan manis.
Hormon PROLAKTIN: fungsi untuk menghasilkan susu.
KELEBIHAN:
1. Ibu lebih peka kepada kehendak bayi.
2. Memberi kesan relaksasi dan ketenangan kepada bayi.
Jadi, secara tidak langsung kedua hormon penyusuan ini dapat membantu ibu mengatasi tekanan seharian yang ibu lalui. Walaupun mungkin ibu penat dan letih, tapi hadirnya dua hormon ini, secara tak langsung dapat membantu menurunkan aras stress ibu.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi