You are currently viewing TIPS WEAN OFF (PUTUS SUSU)

TIPS WEAN OFF (PUTUS SUSU)

Ini antara 5 tips yang saya lakukan untuk wean off atau pisah susu dengan anak:

1. Beritahu anak dengan lembut dan jelaskan mengapa perlu putus susu. Saya pernah cuba beritahu setiap kali anak buat permintaan nak menyusu.

2. Isikan tangki emosi anak. Gantikan dengan memeluk dan mendodoi dia setiap kali mahu menyusu.

3. Alihkan perhatian anak Beri dia aktiviti baca buku sebelum tidur atau bermain alat permainan yang menyeronokkan atau sesi bercerita setiap kali dia ingin menyusu.

4. Ibu kena kuat mental dan emosi Pastikan ibu bersedia walaupun ambil masa yang lama untuk menjayakannya.

5. Kurangkan masa dan rutin memerah Ini juga penting supaya ibu tak mengalami masalah bengkak susu yang teruk.

Proses ini perlu dilakukan secara berkala beberapa bulan sebelum ibu nak berhentikan proses penyusuan.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu yang dalam proses nak pisah susu dengan anak.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply