Saya pernah mendapat soalan ini dari ibu-ibu, ‘betul ke kunyit penyebab jaundis?’ Sebab mereka ada terbaca tentang isu ini di media sosial.
Banyak pula tips tak sahih yang viral sekarang. Ibu-ibu perku lebih berhati-hati bila nak ikut tips yang dikongsikan.
Jangan disebabkan kunyit yang ibu-ibu makan, ibu tak nak menyusukan bayi sebab takut jaundis tak turun pula.
Kunyit selalu dianggap menyebabkan jaundis (penyakit kuning), tetapi sebenarnya tiada bukti saintifik kukuh yang menyokong kenyataan ini. Kunyit mengandungi sebatian dengan sifat anti-radang dan antioksidan yang memberi pelbagai manfaat kesihatan. Tiada elemen dalam kunyit yang secara langsung menyebabkan jaundis.
Apa itu Jaundis?
Jaundis berlaku apabila paras bilirubin dalam darah meningkat, biasanya kerana fungsi hati yang belum matang (pada bayi baru lahir) atau kerosakan hati (pada orang dewasa). Ia tidak berkaitan dengan pengambilan kunyit, kecuali jika seseorang sudah mempunyai masalah hati kronik dan mengambil kunyit dalam dos yang berlebihan.
Teruskan penyusuan bayi baru lahir Bagi bayi dengan jaundis fisiologi, penyebabnya adalah hati yang belum matang, bukan diet ibu yang menyusu. Pengambilan kunyit oleh ibu menyusu dalam kuantiti minima tidak akan menyebabkan jaundis kepada bayi.
Teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa dengan kerap. Pastikan faktor seperti posisi dan lekapan adalah betul untuk memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi. Kunyit tidak menyebabkan jaundis, tetapi ia perlu diambil secara sederhana, terutama bagi individu dengan masalah hati kronik. Bagi ibu menyusu, kunyit adalah selamat jika diambil dalam jumlah sederhana.
Teruskan penyusuan seperti biasa dan usah berhentikan penyusuan susu ibu hanya kerana kunyit yang ibu makan.
Ke sebab kunyit mak ingat baby jadi kuning sebab warna dia? Cuba komen pengalaman mommies pula.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi