Antara kesilapan yang ramai buat semasa cuci botol minum bayi ialah tidak meleraikan kesemua bahagian botol sebelum mencucinya terlebih dahulu.
Apabila anda tidak meleraikannya terlebih dahulu, air dan sisa sabun akan terperangkap di celahan-celahan yang tertutup.
- Cucian anda tidak bersih, sisa sabun, susu dan air bilasan boleh tertinggal dan bercampur dengan susu bayi yang baru.
- Pembiakan Kulat mudah berlaku. Kulat amat sukakan kawasan yang lembap, jadi celahan yang masih basah ini boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dengan meriahnya.
- Apabila cucian tidak berkesan, ini mendedahkan bayi pada risiko pencemaran dan boleh menyebabkan bayi cirit-birit atau muntah-muntah.
Jadi sila cabut kesemua bahagian botol bayi sebelum anda mencucinya supaya cucian anda dapat mencapai kesemua bahagian.
Nor Azura
Pembimbing Penyusuan