
- Melakukan proses nyahkuman tanpa meleraikan komponen peralatan botol susu
Kesilapan ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak meleraikan setiap bahagian peralatan minum atau pam susu sebelum proses nyahkuman dilakukan. Apabila komponen tidak dipisahkan, terdapat kemungkinan tinggi bahawa air panas atau wap tidak dapat mencapai bahagian-bahagian tersembunyi dengan sempurna. Ini mengakibatkan proses nyahkuman menjadi tidak efektif dan kuman yang tersembunyi di celah sambungan komponen tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.
- Menggunakan air panas sahaja secara terus untuk tujuan nyahkuman
Sesetengah individu menggunakan air panas yang terus diambil daripada mesin untuk proses nyahkuman. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak menjamin bahawa suhu air yang digunakan mencapai tahap optimum yang diperlukan untuk membunuh bakteria dan kuman dengan berkesan. Oleh itu, keberkesanan proses nyahkuman adalah diragui.
- Proses merebus yang tidak dilakukan dengan betul
Terdapat juga kes di mana peralatan direbus oleh ibu bapa tetapi suhu rebusan tidak mencapai tahap 100°C yang diperlukan untuk memastikan semua kuman dimatikan. Rebusan yang tidak mencapai suhu mendidih sepenuhnya menjadikan proses nyahkuman tersebut tidak menyeluruh.
- Nyahkuman menggunakan kaedah rendaman tablet yang tidak mengikut arahan
Kaedah ‘cold method’ atau rendaman dengan tablet khas merupakan pilihan yang praktikal, terutamanya semasa perjalanan. Namun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa peralatan perlu direndam dalam larutan tablet sekurang-kurangnya selama 30 minit untuk memastikan keberkesanannya. Rendaman yang terlalu singkat tidak mencukupi untuk mencapai tahap nyahkuman yang diperlukan.
- Menyiram air panas ke atas peralatan sebagai kaedah nyahkuman
Salah faham yang sering berlaku adalah anggapan bahawa dengan hanya menyiram air panas ke atas peralatan bayi, proses nyahkuman sudah memadai. Namun, kaedah ini sebenarnya tidak memenuhi piawaian suhu dan masa yang diperlukan untuk membunuh kuman secara efektif. Ia bukan sahaja tidak mencukupi, malah boleh memberikan rasa selamat yang palsu kepada pengguna