KESILAPAN DILAKUKAN SEMASA NYAHKUMAN

  1. Nyahkuman dengan keadaan peralatan botol tidak dileraikan

Apabila peralatan minum atau pam susu tidak dileraikan, ia menyebabkan proses ini tidak sempurna dan kuman yang berada diantara bahagian tersebut tidak ‘dimatikan’

2.Nyahkuman dengan air panas sahaja.

Penggunaan air panas terus dari mesin ini untuk proses nyahkuman tidak mencapai suhu diingini.

  1. Tidak merebus dengan betul.

Ibu rebus peralatan pada suhu tidak capai 100 degree celcius.

4.Nyahkuman menggunakan tablet

Cold method atau nyahkuman tanpa menggunakan tablet adalah salah satu cara yang paling menarik untuk digunakan semasa travel, namun tahukah anda yang perkakas perlu direndam sekurangnya 30 minit untuk memastikan ia sempurna?

  1. Siram air panas.

Salah satu langkah yang salah dalam nyahkuman ialah dengan cara menyiram sahaja air panas pada peralatan menyusu bayi dan ia tidak mencapai kriteria nyahkuman.