Tips Pam Susu di Bulan Ramadan

  1. Kekalkan Jadual Pam yang Konsisten

Walaupun berpuasa, cuba kekalkan kekerapan pam seperti biasa. Contohnya:

➡️ Sebelum atau sewaktu sahur

➡️ Sebelum atau selepas berbuka

➡️ Sebelum tidur

➡️ Tengah malam jika masih menyusu bayi kecil

✅ Jika bekerja, pastikan tetap pam setiap 3-4 jam seperti biasa untuk mengelakkan pengurangan susu.

  1. Pastikan Pengambilan Air yang Cukup

Gunakan teknik “2-4-2” untuk memastikan badan kekal terhidrat:

➡️ 2 gelas semasa sahur

➡️ 4 gelas antara berbuka hingga sebelum tidur

➡️ 2 gelas sebelum tidur

‼️Elakkan minuman berkafein kerana boleh menyebabkan dehidrasi.

  1. Makan Makanan yang Tinggi Nutrisi

Pilih makanan yang membantu penghasilan susu seperti:

➡️ Protein: ayam, ikan, telur

➡️ Serat tinggi: oat, kurma, sayur hijau

➡️ Lemak sihat: badam, avokado, kelapa

‼️Elakkan makanan tinggi gula dan makanan diproses yang boleh menyebabkan keletihan.

  1. Pam Susu Sebelum Sahur dan Selepas Berbuka
    Waktu ini sesuai kerana:

➡️ Sebelum sahur: badan masih bertenaga, dan hormon prolaktin tinggi.

➡️ Selepas berbuka: badan sudah cukup hidrasi dan bertenaga untuk penghasilan susu.

✅ Jika perlu, tambah sesi pam pada waktu malam untuk meningkatkan rangsangan.

  1. Kurangkan Stres & Tidur Cukup

Stres dan kurang tidur boleh mengurangkan penghasilan susu. Untuk mengurangkan stres:

✅ Ambil nap 10-15 minit jika letih.

✅ Lakukan teknik pernafasan atau zikir semasa pam.

✅ Pastikan tidur cukup sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari.

Jika susu kelihatan berkurang, jangan panik, pastikan bayi masih mendapat cukup susu dan teruskan pam secara konsisten.

Semoga tips ini membantu ibu-ibu menyusu kekal bertenaga dan berjaya meneruskan penyusuan sepanjang Ramadan!