You are currently viewing BENGKAK SUSU BAGUS?

BENGKAK SUSU BAGUS?



Bagi sesetengah ibu, bengkak susu sangat ditunggu-tunggu kerana mereka percaya bengkak susu bagus bagi ibu-ibu menyusu.

Tapi, betul ke?
PAYUDARA BENGKAK = SUSU BANYAK

Jawapannya Mitos !

Apabila payudara bengkak, hasil perahan nampak banyak kerana ibu-ibu membiar payudara penuh terlalu lama.

Tapi susu yang akan lebih banyak terhasil waktu tu ialah Foremilk (susu yang lebih cair) berbanding Hindmilk (susu yang mengandungi lebih banyak Lemak).

Dan payudara ibu pula akan terima banyak protien FIL (Feedback Inhibitor of Lactation) yang akan mengurangkan penghasilan susu pada waktu-waktu berikutnya.

Jika keadaan ini berterusan, lama-kelamaan penghasilan susu akan berkurang jika dibiarkan payudara kerap bengkak.

Bagi ibu yang alami bengkak susu dan rasa sakit seperti ada ketulan, usah berlengah. Boleh cuba lakukan beberapa tips berikut:

  • Buat urutan secara perlahan-lahan di payudara.
  • Buat tuaman/demahan panas dan urut menghala ke puting.
  • Marmet lepas urutan lembut

Semoga bermanfaat

Leave a Reply