You are currently viewing TIPS MUDAHNYA MEMERAH SUSU !

TIPS MUDAHNYA MEMERAH SUSU !

Memerah susu akan jadi MUDAH bila dilakukan dengan ilmu dan teknik yang betul.

Faktor pemilihan pam susu juga bergantung pada situasi ibu bekerja. Ada ibu yang memerlukan pam bebas tangan(handsfree) ketika bekerja dan ada yang lebih selesa dan sesuai menggunakan pam susu bercorong.

Tapi ada juga golongan ibu yang kurang sesuai menggunakan pam bebas tangan(handsfree). Antara golongan yang tidak sesuai ialah:

i) Ibu yang saiz payudaranya sangat besar
ii) Ibu yang mempunyai payudara jenis papaya (sagging)

Ada juga yang tidak tahu langsung pam susu juga mempunyai mode perahan dan main guna saja mode semasa memerah susu. Kenali TIGA jenis mode pam susu:

1. Stimulation/massage: sedutan mode ini pendek dan cepat yang merangsang penghasilan susu
2. Expression: sedutan ini untuk mengeluarkan susu
3. Mix mode: Mode ini adalah gabungan di antara stimulation dan expression.

Ibu juga disarankan untuk mahirkan diri dengan teknik MARMET (iaitu memerah menggunakan tangan). Marmet selepas memerah susu untuk mengurangkan risiko saluran susu tersumbat.

Jika ibu sudah gunakan pam susu tapi masih alami masalah penghasilan susu, mungkin pilihan saiz corong pam susu ibu yang salah ukurannya atau cara mengunakan pam yang tidak efektif adalah punca.

Antara masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh pemilihan corong pam dan cara guna pam yang tidak betul ialah:

1. Payudara masih rasa penuh,berat, atau tidak lembut selepas memerah.
2. Puting melecet
3. Rasa sakit setiap kali memerah susu.
4. Hasil perahan sedikit tapi bila marmet susu boleh keluar keluar lebih banyak
5. Sudah lama memerah pun, susu masih tidak meningkat.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply