Ramai tanya kenapa tak boleh pam dalam pantang.
Selain isu risau ibu tak boleh kendalikan keadaan oversupply, saya lebih concern isu ibu akan rasa ragu dan persoalkan:
‘Kenapa susu aku sikit?’
‘Anak aku tak cukup susu ke?’
‘Patutlah asyik nangis je, susu sikit rupanya! ‘
‘Patutlah kuning tak turun-turun.’
Hakikatnya susu ibu cukup sahaja mengikut:
- Usia kelahiran bayi
- Kekerapan ibu menyusukan bayi secara terus
- Output bayi semua ok – lampin kencing = kuning cair & lampin najis = kuning mustard
- Kenaikan berat bayi bulanan mengikut graf
- Bila ibu ada rasa ragu-ragu, sedih, bimbang, ia akan jejaskan hormon oksitosin yang berfungsi untuk mengeluarkan susu.
Kita revise sikit:
Hormon prolakton : menghasilkan susu
Hormon oksitosin : mengeluarkan susu
Jadi perlu fahami asas penyusuan susu ibu. Jrisau kalau susu nampak sikit. Sikit tak semestinya tak cukup. Lebih baik sikit tapi konsisten dari banyak tapi belum tentu menjamin sehingga 2 tahun.
Yang penting, berat anak naik cantik, warna air kencing cair tak pekat macam the, najis bayi kuning mustard, bayi aktif, kulit bayi lembap dan tak kering
Ibu yang sedang dalam pantang, tak perlu nak SUKAT berapa susu terhasil dengan anggapan SUSU SIKIT, BAYI TAK CUKUP SUSU. Lihat output bayi dan perhatikan fizikal bayi. Bukan sibuk ukur berapa bayi dapat. Nampak sikit tapi bayi cukup itu lebih UTAMA.
Jangan cipta stress yang tak diperlukan. Menyusu dengan tenang. Bayi pun tenang. Semoga bermanfaat.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi