You are currently viewing SELAMAT KE GUNA UV STERILIZER?

SELAMAT KE GUNA UV STERILIZER?

Sebenarnya ia bergantung kepada jenis plastik yang digunakan.

Baru-baru ni viral cooler bag menggunakan UV. Ada yang tanya saya ok atau tidak?

Jika menggunakan PPSU tiada masalah. Tapi ramai ibu di Malaysia guna botol atau cup jenis PP. Untuk polypropylene (PP) baby bottles, kaedah steril yang paling sesuai untuk mengurangkan degradasi plastik ialah:
-Steam sterilizer pada suhu sederhana (~100°C, 5-8 minit)
-Boiling method tetapi hadkan kepada 3-5 minit sahaja
-Chemical sterilization dengan tablet steril (jika sesuai)

Elakkan penggunaan UV sterilizer secara kerap jika botol perlu tahan lebih lama

Kenapa Steam Sterilizer Lebih Sesuai untuk Polypropylene?
1. Tidak Menggunakan Radiasi UV – Tidak menyebabkan fotodegradasi dan perubahan warna seperti UV sterilizer.
2. Suhu Terkawal (~100°C) – Cukup untuk membunuh bakteria tetapi tidak terlalu lama untuk merosakkan plastik.
3. Kurang Risiko Mikroplastik Berbanding Boiling – Boiling method boleh mempercepatkan pembebasan mikroplastik jika dilakukan terlalu lama.
Kalau nak guna boiling method, maksimum 5 minit disarankan.
Tipsnya: didihkan air. Bila dah mendidih, matikan api – masukkan botol/cup – tutup dalam periuk dalam 5 minit – angkat.

Apa pun demi keselamatan bayi:
– Tukar botol setiap 3-6 bulan untuk mengurangkan risiko degradasi plastik.
– Jika mahu guna UV sterilizer, elakkan guna terlalu kerap (maksimum 1-2 kali sehari) dan perlu tukar botol/cup lebih kerap juga.
– Jangan rebus botol plastik lebih dari 5 minit untuk elakkan pelepasan mikroplastik.

Kalau nak elakkan sepenuhnya risiko degradasi, botol kaca adalah pilihan terbaik.

Dapat sesuatu?

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply