BAYI BARU LAHIR KUAT TIDUR, KEJUT MENYUSU ATAU BIAR?

Bayi newborn dilahirkan dengan anggaran perutnya SEBESAR GULI sahaja,jadi bayi perlu disusukan dengan sangat kerap.Serta susu ibu adalah satu-satunya sumber makanan buat bayi ketika ini.

Apabila ibu membiarkan bayi tidur dalam tempoh lama contohnya 3 hingga 6 jam,ibu dan bayi sudah terlepas hampir 2-3 sesi penyusuan.

Jika ibu menggantikan 2-3 sesi dengan pam,kemudian susu ibu disimpan.

Hanya payudara ibu diransang tapi bayi tidak mendapat susu sekerap seperti sepatutnya.Bayi memerlukan susu yang ibu perah tadi untuk dia minum dengan kerap dan bukannya untuk disimpan dijadikan stok.

Penyusuan yang kerap membantu bayi untuk,

-Menaikkan berat bayi
-Mengelakkan dehidrasi.
-Membantu menurunkan paras jaundis,susu ibu sangat mudah dihadam.
dan pelbagai lagi

Leave a Reply