You are currently viewing TIPS KUMPUL STOK SUSU YANG SEDIKIT?

TIPS KUMPUL STOK SUSU YANG SEDIKIT?

Ramai ibu yang tertanya mengenai saranan jadual pam susu apabila Kembali bekerja atau semasa cuti bersalin untuk dijadikan stok susu perahan. ‘Macam mana nak perah susu’ ‘Bila waktu yang sesuai untuk memerah susu sambil menyusui bayi?’

Dan ramai juga bimbang apabila susu yang diperah amaunnya nampak SEDIKIT bila pam. Macam mana nak buat stok susu kalau sikitkan? Alahai, dilemanya!
Sebenarnya NORMAL kalau awal kelahiran susu kelihatan sedikit. Sebab saiz perut bayi pun masih lagi KECIL. Jika dapat 1-2oz pada peringkat awal kelahiran itu normal sahaja. Buktinya jika kita lihat najis bayi warna kuning mustard, air kencing kuning cair, itu tanda bayi dapat SUSU YANG CUKUP.

Sebaiknya pada bulan pertama ibu fokuskan kepada penyusuan terus di payudara jika bayi sentiasa bersama ibu. Masa ini juga ibu boleh manfaatkan dengan memahami ragam bayi dan mengapa bayi menangis (bukan sebab tak cukup susu sahaja).

Tetapi seandainya ibu dan bayi dipisahkan contohnya seperti bayi dimasukkan ke wad, ibu tidak bersama dengan bayi, pamlah susu untuk bekalkan susu perahan buat bayi di wad.

Selepas bayi berusia sebulan, ibu boleh mula memerah susu sebagai stok. Itu pun bukan secara berjadual. Lakukan dengan santai saja, mulakan dalam 1-2 sesi sahaja sehari. Jika dapat dalam 1-2 oz normal sahaja untuk permulaan.

Kalau 30 hari x 2oz x 2 sesi = 120oz (banyak dah ni tak muat peti ais 2 pintu)

Untuk ibu yang sudah kembali bekerja, perlu ada rutin memerah susu. Buat jadual dengan jarak pam lebih kurang 3-4 jam mengikut kesesuaian ketika bekerja. Jika mahu kerapkan pun boleh jika ibu rasa kuantiti susu yang dapat diperah dengan jarak 3-4 jam tidak mencukupi untuk bekalan stok susu perahan.

Andai kata ibu menyusun jadual pam susu 3 jam sekali, jadual sesi pam susu mungkin seperti berikut:

Sesi 1: 8am
Sesi 2: 11am
Sesi 3: 2pm
Sesi 4: 5pm

Ini cadangan sahaja. Ibu boleh sesuaikan ikut situasi dan jadual harian ibu.

Ibu boleh juga pam sewaktu memandu pergi kerja atau balik jika jarak perjalanan agak jauh.

Leave a Reply