Ramai ibu kini berkongsi tentang manfaat Epsom Salt dalam membantu isu penyusuan, terutamanya dalam situasi seperti saluran susu tersumbat.
Saluran susu yang tersumbat boleh menyebabkan ketidakselesaan, bengkak, malah jika tidak dirawat segera, ia boleh membawa kepada mastitis (radang payudara). Oleh itu, pelbagai cara digunakan oleh ibu untuk mencari kelegaan dan antara yang makin popular adalah penggunaan Epsom Salt.
Apakah itu Epsom Salt?
Epsom Salt atau garam Epsom bukanlah garam biasa yang digunakan dalam masakan. Ia terdiri daripada sebatian magnesium sulfat yang sering digunakan untuk mandian atau rendaman bagi memberi kelegaan kepada otot dan melegakan tekanan.
Antara kelebihan Epsom Salt yang boleh membantu ibu menyusu termasuklah:
ππ» Mengurangkan rasa bengkak pada kawasan payudara yang tersumbat.
ππ» Memberi kelegaan pada otot, terutamanya apabila badan terasa tegang atau letih akibat rutin menyusu.
ππ» Mengurangkan tekanan (stress) yang boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.
ππ»Membantu melembutkan tisu dan melonggarkan saluran susu yang tersumbat.
ππ»Memberi kelegaan secara semulajadi kepada ibu.
Namun ibu juga perlu tahu had penggunaannya dan bila waktu tidak sesuai menggunakannya.
βοΈTidak digalak menggunakan Epsom Salt dengan sangat kerap atau terlalu lama kerana ia berpotensi untuk mengering dan merengsa kulit anda.
βΌοΈAnda juga tidak disarankan untuk menggunakannya jika mengalami puting atau payudara luka, kerana ia boleh menyebabkan luka menjadi rengsa dan menyebabkan rasa pedih di payudara.
Jadi walaupun ia mempunyai faedah tersendiri dalam penyusuan, anda juga perlu tahu bila waktu yang sesuai menggunakannya.π