
Keperluan kalori bayi dari 0 bulan hingga 1 tahun ke atas semakin bertambah bila usia bayi bertambah.
Bila bayi berusia 6 bulan, keperluan kalori bayi dilengkapkan dengan makanan pelengkap. Dan bayi berusia setahun ke atas, keperluan kalori bayi lebih meningkat.
Untuk bayi berusia 1 tahun – 3 tahun, keperluan kalori sehari:
Bayi lelaki: 980 kcal/sehari
Bayi perempuan: 900 kcal/sehari
Dan kalori susu ibu matang ialah 65-70kcal/100 ml. 100ml bersamaan lebih kurang = 3.3 oz.
Bagi menampung keperluan kalori dan rutin bayi yang semakin aktif, keperluan kalori bayi ini perlu dilengkapkan dengan makanan seimbang dan bukan hanya beri susu semata-mata.
Rutin bayi setahun ke atas yang mungkin sekadar susu minum 2-3 kali sehari sudah memadai kerana keperluan kalsium bukan dari susu semata-mata.
Jadi ibu-ibu tidak perlulah mengejar hasil perahan yang banyak hanya untuk membekalkan susu kepada bayi yang seharian di pengasuh atau taska.
➡️ Fahami tentang pemakanan bayi yang lebih utama.
Dan jika penghasilan susu ibu sedikit merudum berbanding biasa untuk setiap sesi, juga tak perlu terlalu bimbang.
Biasanya jika dicampur total sesi perahan semua masih mencukupi untuk bayi.
➡️ Jadi kena ingat, MAKAN bayi lebih utama. Buka gantikan susu ibu dengan susu gantian hanya kerana ibu bimbang susu tak mencukupi.
Semoga bermanfaat dan dapat mengatasi kerisauan ibu-ibu.