You are currently viewing SUSU SIKIT?

SUSU SIKIT?

Ramai yang bertanya, mengapa tidak digalakkan untuk memerah atau mengepam susu ibu semasa dalam tempoh berpantang?

Selain daripada kebimbangan terhadap kemungkinan ibu tidak dapat mengawal keadaan oversupply atau penghasilan susu yang berlebihan, saya sebenarnya lebih bimbang tentang isu yang lebih halus — iaitu dari segi emosi dan mental si ibu itu sendiri. Ramai ibu mula merasa ragu-ragu dan mempersoalkan kemampuan diri untuk menyusukan bayi apabila melihat hasil perahan yang sedikit. Perkara-perkara seperti:

➡️ “Kenapa susu aku sikit sangat?”
➡️ “Cukup ke susu untuk anak aku ni?”
➡️ “Patutlah bayi asyik menangis je, rupanya susu tak cukup!”
➡️ “Mungkin sebab tu juga kuning anak aku tak surut-surut…”

Sebenarnya, semua tanggapan ini sering kali tidak tepat. Hakikatnya, susu ibu biasanya cukup untuk bayi, asalkan beberapa asas penting dalam penyusuan dipenuhi. Keperluan bayi adalah mengikut:

✅ Usia sebenar bayi ketika dilahirkan
✅ Sejauh mana kekerapan ibu menyusukan bayi secara langsung (direct latch)
✅ Tanda-tanda output bayi yang normal seperti lampin kencing yang berwarna kuning cair dan najis bayi berwarna kuning mustard
✅ Kadar kenaikan berat badan bayi yang selari dengan carta pertumbuhan atau graf yang digunakan oleh pakar kesihatan

Jadi, sangat penting untuk para ibu memahami asas-asas penyusuan susu ibu yang betul. Saya sendiri telah banyak berkongsi pelbagai nota dan panduan penyusuan secara percuma dalam saluran Telegram saya yang diberi nama TIPS PENYUSUAN LC NAD MASROM. Anda boleh rujuk di sana bila-bila masa.

Perlu difahami bahawa melihat susu yang kelihatan sedikit tidak bermakna susu itu tidak cukup. Kita harus ubah persepsi. Sedikit tetapi berterusan dan konsisten jauh lebih baik daripada banyak tetapi tidak stabil atau tidak menjamin penyusuan sehingga usia dua tahun.

Apa yang paling penting adalah kita fokus kepada petunjuk berikut:

👍🏻 Berat badan bayi meningkat secara sihat dan konsisten
👍🏻 Warna air kencing bayi adalah jernih atau kekuningan cair, bukan pekat seperti warna teh
👍🏻 Najis bayi berwarna kuning mustard
👍🏻 Bayi kelihatan aktif dan tidak lesu
👍🏻 Kulit bayi lembap dan tidak kering

Dengan memahami tanda-tanda ini, ibu akan lebih yakin bahawa penyusuan mereka mencukupi dan berkesan.