You are currently viewing TUKANG URUT DAN SUSU FORMULA? JANGAN TERPEDAYA !

TUKANG URUT DAN SUSU FORMULA? JANGAN TERPEDAYA !

Pernah tak masa tengah berurut, tukang urut suruh bagi bayi susu formula sebab ibu tak boleh susukan bayi?

Ada 5 risiko besar yang mommies wajib tahu. Baca sampai habis 👇🏻

1️⃣ Top-up Trap
➡️ Bila mula “top-up” dengan susu formula, ibu akan mula bergantung padanya. Bayi pun akan kurang menyusu di payudara. Ingat ya, less demand = less supply. Lama-lama, susu ibu merudum dan penyusuan eksklusif gagal.

2️⃣ Bayi Keliru Puting
➡️ Biasanya susu formula diberi guna botol. Aliran susu botol lebih laju, jadi bayi akan memilih botol berbanding payudara. Akibatnya, bayi meragam bila nak menyusu badan.

3️⃣ Bengkak Susu
➡️ Kurang menyusu, keliru puting, aliran susu tak lancar, dan bergantung pada pam semata-mata boleh menyebabkan bengkak susu awal kelahiran. Sakitnya bukan main!

4️⃣ Hilang Keyakinan Diri
➡️ Bila terbiasa beri susu formula dalam jumlah banyak, ibu akan rasa ragu sama ada susu badan cukup untuk bayi. Keyakinan pun mula hilang.

5️⃣ Risiko Alahan
➡️ Bayi berisiko muntah, cirit-birit, sembelit, ruam teruk atau alahan lain akibat susu formula. Ada ibu terpaksa tukar-tukar jenama untuk keserasian, sedangkan dalam susu ibu sudah tersedia antibodi semula jadi.

⚠️ Ingat ya mommies, masa berurut atau berpantang, jangan mudah terpengaruh dengan nasihat yang boleh menjejaskan penyusuan. Pastikan setiap langkah yang diambil selamat untuk ibu dan bayi.