Beraya memang seronok, tapi bagi ibu menyusu, ada cabaran yang kena ambil kira supaya penyusuan tetap lancar. Ini antara 5 tips penting yang boleh membantu :
1️⃣ Sediakan baju menyusu khas
Kalau boleh, pilih baju raya yang ada bukaan khas untuk menyusu, contohnya jenis “selak” atau “zip tersembunyi”. Ia memudahkan ibu untuk menyusu bayi bila-bila masa tanpa rasa susah atau tak selesa.
2️⃣ Kalau tak ada baju menyusu…
Tak mengapa! Ibu boleh pakai tudung yang lebih labuh atau bawa nursing cover. Kedua-duanya boleh memberi privasi semasa menyusu di tempat terbuka.
3️⃣ Keluarkan susu ikut waktu
Jangan skip sesi menyusu atau perahan! Sama ada secara direct feeding atau guna pam susu, pastikan susu dikeluarkan mengikut jadual. Ini penting untuk elakkan bengkak susu semasa beraya.
4️⃣ Bawa air masak kosong
Waktu raya, air manis memang merata. Tapi air masak pula susah nak jumpa. Air manis yang terlalu banyak boleh mempengaruhi kesihatan dan penghasilan susu. Jadi, bawa sendiri botol air masak ke mana-mana.
5️⃣ Standby dengan pam susu paling penting.
Waktu raya, hormon oxytocin meningkat bila jumpa keluarga, kawan dan makan sedap. Kadang-kadang tiba-tiba susu jadi penuh dan bengkak, tapi bayi tak nak menyusu sebab terlalu letih atau overtired. Pam susu boleh jadi penyelamat untuk keluarkan susu dan elakkan bengkak.
Jadi, dengan tips ni mommy boleh enjoy beraya tanpa stress, terhindar daripada bengkak susu dan rasa tak selesa waktu menyusu.