You are currently viewing TIPS KURANGKAN RASA LETIH SEMASA PUASA

TIPS KURANGKAN RASA LETIH SEMASA PUASA

✨ TIPS KURANGKAN RASA LETIH SEMASA PUASA ✨

💡 1. Jangan skip sahur.
Bersahur bukan sekadar sunnah, tapi sumber tenaga utama untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

💡 2. Lewatkan waktu sahur.
Bersahur hampir dengan waktu imsak supaya tenaga yang diperoleh tahan lebih lama ketika berpuasa.

💡 3. Cukupkan minum air.
Walaupun berpuasa, pastikan cukup hidrasi pada waktu malam hingga sahur untuk elakkan kekurangan cecair.

💡 4. Kurangkan garam & kafein.
Makanan tinggi garam dan minuman berkafein buat kita cepat haus jadi kawal pengambilannya.

💡 5. Kawal aktiviti berat.
Elakkan aktiviti luar yang memenatkan ketika berpuasa. Simpan tenaga untuk perkara penting sahaja.

💡 6. Ibu menyusu, teruskan jadual.
Susukan bayi dengan kerap jika bersama, dan kekalkan jadual perahan susu jika berjauhan untuk memastikan penghasilan susu kekal stabil.

💡 7. Buka puasa dengan kurma.
Kurma kaya nutrisi dan membantu pulihkan tenaga dengan cepat selepas seharian berpuasa.