Bagi ibu menyusu, frozen EBM (expressed breast milk) adalah simpanan berharga untuk anak. Namun, bila cuti panjang, banjir atau gangguan elektrik, kerisauan utama ialah TAKUT SUSU BEKU ROSAK akibat peti ais mati. Jangan risau, mommies boleh cuba beberapa cara mudah untuk pastikan susu perahan beku masih elok atau tidak.
Kenapa Penting Semak Kualiti Susu Beku?
Susu ibu yang rosak boleh menjejaskan kesihatan bayi. Oleh itu, setiap kali berlaku risiko seperti blackout atau kerosakan peti sejuk, mommies perlu pastikan kualiti frozen EBM sebelum diberikan pada anak mommies
Cara Mudah Pastikan Susu Beku Masih Selamat

- Guna Duit Syiling dalam Bekas Air
- Letakkan duit syiling dalam bekas berisi air dan simpan dalam freezer.
- Jika berlaku gangguan elektrik, ais akan cair dan duit syiling akan jatuh ke bawah.
- Bila mommies pulang dan nampak duit syiling di bawah, itu tanda peti ais pernah mati dan susu mungkin sudah mencair.
- Terbalikkan Botol Susu Beku
- Pilih satu botol frozen EBM dan simpan secara terbalik.
- Jika nampak susu sudah mengalir turun ke bawah (bahagian penutup botol), itu tanda susu pernah cair dan membeku semula.
- Susu yang sudah cair sepenuhnya tidak boleh digunakan.
Bolehkah Susu yang Cair Dibekukan Semula?
- Cair kurang 30%: Masih boleh dibekukan semula dengan segera.
- Cair lebih 30% atau sepenuhnya: WAJIB dibuang kerana kandungan nutrisi sudah berubah dan berisiko untuk bayi.
Ingat, jangan ambil risiko beri susu yang sudah cair sepenuhnya pada bayi. Lebih baik buang daripada membahayakan kesihatan bayi mommies!