You are currently viewing EMOSI TERJEJAS SEBAB SUSU SIKIT?

EMOSI TERJEJAS SEBAB SUSU SIKIT?

Ramai mommies mengadu:

“Susu makin kurang… rasa malas nak teruskan menyusu!”

“Kenapa dulu banyak, sekarang sikit sangat?”

Kalau emosi mula terganggu sebab susu berkurang, mommies tidak bersendirian. Memang ramai mommies yang mengalami fasa ini. Tapi sebelum menyerah, jom kenali 7 PUNCA UTAMA SUSU MOMMIES BERKURANG:

1. Kurang Kekerapan Menyusu atau Memerah

Penghasilan susu = kekerapan penyusuan.

Bila bayi menyusu kurang kerap atau ibu jarang memerah, signal ke otak untuk hasilkan susu akan menurun. Mommies boleh cuba:

  • Menyusu atau pam setiap 2–3 jam siang & malam
  • “Power pumping” untuk boost signal penghasilan susu

2. Saluran Susu Tersumbat

Salah posisi penyusuan atau lekapan tak betul boleh menyebabkan susu tak keluar habis. Bila susu lama-lama terkumpul, boleh menyumbatkan saluran dan akhirnya susu makin kurang.

Antara tanda saluran susu tersumbat:

  • Ketulan di payudara
  • Sakit ketika menyusu
  • Bayi tak puas menyusu

Cara mengelakkan saluran susu tersumbat:

  • Perbetulkan posisi dan lekapan
  • Urut perlahan kawasan tersumbat
  • Susukan bayi dengan kerap

3. Jadual Perahan Tak Konsisten

Mommies yang sibuk bekerja kadang-kadang tak sempat-sempat nak memerah di tempat kerja. Maka jadual perahan menjadi tidak konsisten dan penghasilan susu mula berkurang.

Mommis boleh cuba tips berikut:

  • Tetapkan jadual tetap memerah (contoh: 9 pagi, 12 petang, 3 petang)

Simpan stok EBM bila ada peluang lebih

4. Bayi Dah Mula Makan

Bayi yang sudah mula makan makanan pejal akan mula kurang minum susu. Tapi biasanya tidaklah begitu ketara kerana bayi masih lagi memerlukan lebih kurang 70% susu dalam sehari. Ibu tenang sahaja, kerapkan menyusu dan memerah seperti biasa:

  • Terus menyusu on demand
  • Jangan hentikan sesi memerah walaupun bayi makan

5. Perubahan Hormon Ibu

Haid kembali, ambil pil perancang atau hamil semula boleh sebabkan turun naik hormon yang menjejaskan penghasilan susu. Jangan mengalah walaupun susu berkurang, rehat yang cukup dan jaga pemakanan mommies

6. Penjagaan diri ibu

Pemakanan yang tidak seimbang, tidak minum air yang mencukupi, kurang tidur dan rehat, stress atau sakit menjadi punca susu ibu berkurang. Pastikan mommies sentiasa menjaga kesihatan dan emosi agar penghasilan susu terus kekal mencukupi. Pastikan mommies cari masa untuk rehat walaupun sekejap.

7. Faktor Breast Pump

Size corong yang kurang sesuai mungkin menjadi faktor penghasilan susu tidak optimum. Pastikan sebelum memilih breast pump, ukuran puting bersesuaian. Selain itu mungkin juga berpunca dari spare parts breast pump yang perlu ditukar ganti. Spare part breastpump perlu ditukar 3-6 bulan sekali untuk memastikan breast pump dalam keadaan yang baik.

💬 BIAR TAK MERIAH, ASALKAN CUKUP UNTUK BAYI!

Mommies jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap badan ibu berbeza. Yang penting bayi kenyang, sihat dan mommies gembira.

Leave a Reply