You are currently viewing 3 KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN SEMASA MEMBELI PAM SUSU.

3 KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN SEMASA MEMBELI PAM SUSU.

Dengan perkembangan pesat teknologi serta persaingan pasaran menjadikan harga pam susu sangat berpatutan untuk dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat waktu kini.Pam susu sekarang sudah dikategorikan sebagai salah satu item yang hampir dimiliki setiap ibu.Bukan sahaja wanita bekerja malahan ibu yang senantiasa bersama bayi juga pasti mempunyai sekurangnya satu pam susu.

Namun,sebelum anda juga turut serta membeli pam susu,mari kita lihat beberapa kesilapan yang kerap kali dilakukan semasa membeli pam susu.Mungkin anda boleh elakkan dari melakukan perkara yang sama.

1.’Semua pam adalah sama.Jadi beli saja yang mana-mana’

Terdapat banyak pilihan pam susu yang ada di pasaran dan kesemuanya kelihatan sama sahaja.Ada corong,tempat tadah susu, serta mempunyai motor pam.Jadi apa yang membezakannya?

Walaupun kesemua pam susu adalah sama fungsinya untuk memerah susu,namun terdapat pelbagai perbezaan pada setiap pam susu.Ini bagi memenuhi setiap keperluan serta kesesuaian pengguna.Contohnnya saiz yang terdapat pada corong pam susu adalah berbeza-beza,ini bagi memenuhi keperluan ibu-ibu yang mempunyai kepelbagaian saiz puting payudara.Ini sangat penting supaya susu dapat dikeluarkan dengan efisien serta ibu selesa menggunakan pam.

Selain itu pam juga berevolusi dari reka bentuk,saiz motor dan fungsi bebas tangan(handsfree pump) bagi membantu memudahkan ibu-ibu untuk bekerja atau melakukan aktiviti sambil memerah.Contohnya ibu yang bekerja sebagai jururawat,yang tugasnya sentiasa sibuk dan perlu bergerak setiap masa pastinya pam bebas tangan(handsfree pump) adalah lebih sesuai untuk membantu ibu ini memerah sambil melakukan tugasnya.

2.’Lebih mahal pam susu adalah lebih baik untuk memerah susu’

Masih ramai yang mengganggap lebih mahal harga sesuatu barangan, ia adalah lebih baik.Pam susu juga tidak terkecuali dari menerima persepsi begini.

Harga sesuatu pam susu sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor serta kelebihan yang tersedia dari pam susu itu sendiri.Sebagai contoh,harga pam manual sudah tentu lebih rendah dari harga pam elektrik.Hal demikian kerana pam susu manual memerlukan pengguna untuk menggunakan tenaga tangan untuk memerah berbanding pam elektrik yang bersifat lebih automatik,hanya perlu letak dan tekan tetapan pada motor pam.Selain harga pam susu juga dipengaruhi oleh teknologi yang terdapat pada pam susu,reka bentuk,jenama pengeluar dan pelbagai faktor lain lagi.

Manakala pemilihan pam susu bergantung pada kesesuaian individu,antaranya:

  • Saiz corong.
  • Material corong.
  • Pam elektrik atau manual.
  • Bentuk corong.
  • Dengan atau tanpa tiub.
  • Saiz motor pam.
  • Fungsi bebas tangan(handsfree).
  • Kuantiti bahagian yang perlu dicuci.

Menyatakan yang paling mahal adalah paling terbaik sudah tentu tidak tepat sama sekali,kerana pemilihan pam susu adalah mengikut kesesuaian individu.

3.’Pam susu penyelesai semua masalah penyusuan.’

Ini juga antara silap faham yang popular.

Bengkak susu,pam.

Tak tahu susukan bayi,pam.

Luka puting,pam.

Tidak dinafikan pam susu sangat membantu bagi ibu yang bekerja untuk membekalkan susu pada bayinya.Namun bukan semua masalah penyusuan boleh diselesaikan dengan memerah menggunakan pam susu.

Contohnya bagi ibu yang sedang mengalami bengkak susu adalah disarankan untuk menggunakan kaedah perahan tangan(marmet) untuk menyelesaikan masalah bengkak susu berbanding terus menggunakan pam.Penggunaan pam semasa ibu sedang bengkak susu boleh membuatkan ibu berasa lebih sakit kerana keadaan payudara yang sedang membengkak dan keras menyebabkannya lebih sensitif dan boleh membuatkan puting ibu menjadi luka.Selain isu penyusuan lain yang mungkin memerlukan ibu untuk mendapatkan bimbingan dari Kaunselor Laktasi.

Mudahan sedikit perkongsian ini membantu anda untuk memilih pam susu yang bersesuaian.

Leave a Reply