
✅ Jika tempoh perjalanan hanyalah 3-5 hari, tidak perlu bekukan susu ibu. Simpan di bahagian chiller sahaja kerana susu sejuk (chilled EBM) lebih mudah diurus berbanding susu beku (frozen EBM).
✅ Jika tempoh perjalanan lebih 5 hari, bekukan susu yang telah melebihi tempoh 5 hari sahaja.
Dan lihat tempoh ibu berada di luar negara. Kalau ibu berada di luar negara selama 10 hari:
➡️ bekukan 5 hari pertama
➡️ 5 hari berikutnya dalam keadaan chill sahaja.
Membawa pulang susu sejuk (chilled EBM) lebih mudah. Menggunakan ice pack yang mencukupi sudah memadai.
Tetapi jika ibu bawa pulang susu beku, langkah berikut perlu dilakukan:
- Sediakan cooler box atau polistrin box
- Guna surat khabar (untuk alas bahagian bawah supaya tak basah sangat)
- Beli garam (untuk tabur pada ais supaya tahan lama)
- Soletip + gunting untuk sealkan box
- Ais (boleh buat sendiri atau beli – kat luar negara ais biasanya mahal).
- Marker (nak tulis di cooler box, storage bag dll)
➡️ Susun susu dan ais layer by layer.
➡️ Ais taburkan garam di atasnya untuk melambatkan proses peleburan air (ais mencair lah bahasa kita).
➡️ Seal dengan baik box tu dan in shaa Allah susu selamat untuk perjalanan 8-16 jam.
✅ Tips yang sama boleh juga dilakukan untuk ibu lain yang perlu berjalan jauh dalam negara.
Saya check in semua susu saya dalam beg. Kalau tiada beg, cooler box yang sesuai sudah memadai. Kalau nak wrap lagi dengan plastik pun boleh juga di bahagian luar box itu.
Pam susu kalau waktu musim sejuk di luar negara best sebab tak payah bawa ice pack. Macam dalam chiller je kita sentiasa. Kalau musim panas, kenalah bawa ice pack setiap masa.