Bagi mommies yang bakal melahirkan, persediaan awal penyusuan susu ibu sangat penting. Bayi yang baru lahir perlu disusukan seawal mungkin kerana ia memberi manfaat besar untuk kesihatan mommies dan bayi. Berikut adalah beberapa tips penyusuan awal selepas bersalin yang boleh membantu mommies.
- Pastikan Mommies Makan Sebelum Masuk Labour Room
Sebelum masuk ke labour room, sebaiknya mommies sudah makan terlebih dahulu. Jika belum makan, beritahu staf bertugas bahawa mommies ingin makan dahulu. Ini penting untuk pastikan mommies mempunyai tenaga mencukupi selepas bersalin nanti.
- Kekal Positif Sewaktu Sakit Contraction
Sakit contraction memang sukar digambarkan, tetapi mommies boleh cuba hadapinya dengan fikiran positif dan zikir. Amalkan zikir:
“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zolimin”
Tarik nafas dalam-dalam ketika contraction datang, bacalah zikir, dan hembus perlahan-lahan.
Kalau suami dapat temankan lebih baik. Pegang tangan suami sekuat hati waktu sakit tu datang. Bila rasa haus, minum air yang disediakan.
Teknik ini membantu mommies lebih bertenaga selepas bersalin.
- Maklumkan Kepada Jururawat dan Doktor
Jika bayi perlu ditahan di NICU, maklumkan kepada jururawat dan doktor bahawa mommies ingin menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran. Selagi bayi tidak ada masalah pernafasan atau komplikasi lain, kebanyakan hospital akan benarkan mommies menyusukan bayi terlebih dahulu.
- Terus Susukan Bayi Seawal Mungkin
Selepas proses kelahiran (termasuk jahitan, jika ada), mommies boleh terus menyusukan bayi.
Perhatikan cue feeding:
Lihat cue feeding dari bayi. Bila bayi mula menghisap jari atau seperti menghidu sesuatu, bayi sudah bersedia untuk disusukan. Itu tanda bayi sudah bersedia untuk menyusu. Penyusuan awal membantu penghasilan kolostrum yang sangat berharga untuk antibodi bayi.
- Pilih Hospital Rakan Bayi
Carilah hospital Rakan Bayi yang mesra penyusuan susu ibu. Sekiranya ibu akan bersalin di hospital swasta, pilihlah hospital rakan bayi juga. Untuk hospital kerajaan tak ada masalah kerana ibu dan bayi memang room in (jika bayi @ ibu tak ada masalah).
Cuma di hospital swasta memang disediakan khidmat nursery (termasuk dalam pakej bayaran) di mana bayi akan diasingkan dari ibu untuk beri peluang ibu berehat selepas kelahiran.
Jadi, ibu yang bersalin di hospital swasta boleh maklumkan kepada jururawat bertugas untuk bawakan bayi kepada ibu bila ibu ingin menyusukan bayi.
Atau ibu boleh sediakan awal-awal Birth Plan dan maklumkan yang ibu ingin menyusukan bayi hanya dengan susu ibu selepas bersalin nanti. Pihak hospital akan maklum dengan lebih awal tentang permintaan ibu-ibu semua.
Penyusuan awal selepas kelahiran bukan sahaja mengeratkan hubungan mommies dan bayi, tetapi juga membantu kesihatan mommies, mempercepatkan pengecutan rahim, serta memberikan imuniti semula jadi pada bayi.