HASIL PERAHAN TIDAK SAMA KIRI DAN KANAN?

Punca hasil perahan tak sama di kedua belah payudara ialah:

  1. Terdapat saluran susu tersumbat di sebelah payudara. Ibu boleh perhatikan dengan menyentuh sekeliling payudara sekiranya ada ketulan.

Punca: Posisi dan lekapan yang kurang betul, ibu lewat memerah, jarak memerah yang terlalu jauh, ibu stress, pemakaiab bra yang terlalu ketat.

  1. Bayi suka menyusu di sebelah payudara sahaja.

Punca: Posisi ibu yang kurang betul atau kurang yakin di sebelah payudara lagi menyebabkan bayi lebih selesa pada satu posisi sahaja.

  1. Jumlah kelenjar susu yang tidak sama

Punca: Keadaan payudara ibu secara genetik mempunyai kelenjar susu yang tidak sama banyak pada kiri dan kanan payudara.

  1. Kecederaan pada payudara/ketumbuhan

Punca: Pernah melakukan pembedahan atau mengalami kecederaan pada payudara sebelum ini atau jika ibu ada ketumbuhan di payudara (perlu lakukan pemeriksaan payudara).

  1. Jenis puting

Punca: Puting rata atau tenggelam yang menyebabkan ibu tidak yakin untuk menyusukan di payudara yang lebih jelas ada masalah itu.

Cara atasi:

✅ Jika punca adalah disebabkan posisi dan lekapan, perbaiki cara penyusuan dengan bayi dahulu.

✅ Jika ada saluran susu tersumbat, lakukan demahan dan urutan untuk lancarkan aliran susu yang tersumbat.

✅ Jika disebabkan masalah puting rata atau tenggelam, ibu boleh bina keyakinan untuk menyusu dengan lakukan ‘breast sandwich technique’ untuk membantu bayi menyusu.

➡️ Selepas perkara asas diperbaiki, ibu boleh tingkatkan permintaan penghasilan susu dengan lakukan perahan yang lebih kerap, menyusukan di payudara yang hasilnya kurang dengan lebih kerap dan lakukan power pumping jika perlu.