7 FAKTA TENTANG KEAJAIBAN SUSU IBU

  1. Waktu cuaca panas, lebih banyak kandungan air dihasilkan dalam susu ibu

Susu nampak sedikit cair bukanlah kerana terlalu banyak foremilk seperti kes ibu yang jarakkan sesi memerah atau ibu yang ada masalah saluran tersumbat.

Susu nampak sedikit cair kerana susu ibu pada waktu panas mengandungi air yang lebih tinggi untuk mengelakkan bayi dehidrasi.

Bayi akan nampak menyusu sekejap-sekejap juga. Ini adalah untuk memastikan bayi dapat lebih banyak susu awal (foremilk) yang tinggi kandungan air dan bukanlah kerana susu ibu tak berkualiti.

Jadi, kerapkan sahaja penyusuan seperti biasa untuk memastikan bayi kekal hidrasi. Jika waktu bekerja, pam susu seperti biasa mengikut jadual yang ibu dah atur seperti sebelum ini. Susu akan kelihatan pekat apabila ibu memerah mengikut tempoh yang optimum dan hindmilk (susu akhir) dapat dikumpulkan.

Waktu musim sejuk pula, lebih banyak lemak yang dihasilkan untuk memastikan bayi mendapat lemak mencukupi untuk melindungi bayi dalam cuaca sejuk.

  1. Kuantiti susu ibu berubah mengikut pertambahan usia bayi

Seawal kelahiran, jumlah susu yang terhasil sangat sedikit dan kita sebut ia sebagai kolostrum.

Kemudian kuantitinya akan bertambah seiring dengan usia dan saiz perut bayi.

  1. Susu ibu berubah ketika bayi alami growth spurt atau ketika bayi sakit

Ketika bayi melalui fasa growth spurt di mana bayi perlukan lebih banyak kalori untuk pembesaran, bayi akan menyusu lebih kerap (dan ibu rasa bayi macam tak cukup susu). Keadaan ini akan menjadikan penghasilan lemak dalam susu ibu meningkat.

Sama juga ketika bayi sakit, payudara akan menghasilkan antibodi yang spesifik untuk melawan jangkitan pada tubuh bayi.

  1. Susu ibu berubah dari siang ke malam

Waktu siang terutama awal pagi, lebih banyak susu dihasilkan kerana aras hormon prolaktin yang lebih tinggi ketika ini.

Menjelang malam pula, susu yang dihasilkan mengandungi tinggi hormon melatonin yang membantu bayi untuk tidur lena.

  1. Susu ibu di satu payudara dah cukup ‘air dan nasinya’

Penghasilan susu ibu pada awal proses penyusuan akan dimulai dengan foremilk. Dan selepas lebih kurang 10 minit, hindmilk akan mula dikeluarkan. Tidak perlu bertukar-tukar payudara pada satu sesi.

  1. Susu ibu berubah warna

Selain warna kekuningan pekat pada awal kelahiran (kolostrum), susu awal ibu juga boleh terdiri dari pelbagai warna yang lain seperti warna jernih, kebiruan, oren atau warna krim.

  1. Susu ibu berubah rasa

Apa yang ibu makan mempengaruhi rasa susu ibu. Jadi tak hairanlah kalau bayi teruja nampak ibu balik dari kerja sebab nak cuba ‘rasa’ susu ibu yang baru.

P/S: Normal sahaja waktu panas sekarang bayi akan menyusu sekejap tapi kerap. Ini adalah untuk memastikan bayi dapat lebih banyak foremilk dan kekal hidrasi. Elakkan bayi tidak menyusu dalam satu tempoh masa yang lama.