You are currently viewing SUAMI TAK IZIN ISTERI MENYUSU?

SUAMI TAK IZIN ISTERI MENYUSU?

Topik ini bukan asing lagi dan ramai ibu-ibu di luar sana pernah atau sedang melalui situasi di mana suami tidak mengizinkan isteri menyusukan bayi mereka.

Namun, setiap kekeliruan pasti ada penyelesaian.
Posting ini ditulis bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi untuk membantu dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kedudukan sebenar isu ini dari sudut hukum dan realiti.

Perlu ke minta izin suami untuk menyusukan anak?

Soalan ini mungkin timbul apabila ada suami yang menyangka penyusuan hanya boleh dilakukan jika diberi kebenaran olehnya atas alasan “hak suami“.

Hakikatnya, dalam Islam, walaupun suami adalah ketua keluarga dan isteri wajib taat selagi tidak melanggar syarak,
hak seorang bayi untuk disusukan adalah hak asasi dan tanggungjawab bersama ibu bapa yang tidak boleh dihalang tanpa sebab syarie.

📌 Menurut ulama mazhab Syafi’e dan Hanbali:

“Menyusukan anak adalah hak ibu, dan suami tidak boleh menghalangnya kecuali jika ada kemudaratan yang terbukti secara syarie.”
– Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (22/239) –

📌 Ibn Qudamah dalam Al-Mughni menyebut:
“ibu lebih berhal menyusukan anaknya, dan suami tidak boleh menghalang jika dia mampu dan mahu melakukannya.”

Ini bermakna, isteri tidak wajib meminta izin secara mutlak untuk menyusukan anaknya.
Selagi tiada sebab kukuh (seperti masalah kesihatan atau faktor keselamatan), larangan suami itu dianggap tidak wajar dan tidak sah secara syarie.

✳️ Jika situasi berbeza, seperti isteri ingin menyusukan anak orang lain (jadi ibu susuan), atau ingin orang lain jadi ibu susuan kepada anak sendiri yang ini memang perlu izin suami.

Kenapa suami tak benarkan?

Kadang-kadang bukan sebab hukum, tapi kerana salah faham atau kebimbangan contohnya trauma lama atau risau bentuk badan isteri berubah.

Tapi tahukah anda?

🔍 Bentuk payudara berubah bukan kerana penyusuan semata-mata, tetapi kerana faktor seperti:
– Tidak memakai bra dengan betul
– Perubahan hormon
– Penuaan semulajadi
– Perubahan berat badan

Nasihat Mesra Buat Suami Isteri

🧡 Berbincanglah dengan penuh hikmah.
🧡 Fahami tanggungjawab masing-masing.
🧡 Letakkan kepentingan bayi sebagai keutamaan.

Ibu perlu menyusukan mengikut kemampuan dan keselesaan.
Suami pula perlu menyokong, bukan menghalang tanpa sebab yang sah.

Kerana bila kedua-duanya saling memahami, bayi dapat membesar dengan kasih sayang yang cukup dari kedua ibu bapanya.

Leave a Reply