LATIH BAYI KELIRU PUTING MENYUSU SEMULA DI PAYUDARA

➡️ Mekanisme penghisapan puting tiruan berbanding payudara ibu adalah berbeza.

➡️ Bayi yang telah diberikan susu menggunakan botol ketika usia di bawah 30 hari adalah lebih cenderung untuk alami masalah keliru puting ini.

➡️ Ini kerana aliran susu melalui puting botol adalah lebih laju berbanding hisapan secara terus di payudara yang memerlukan kemahiran bayi untuk menghisap.

🚘 Analoginya seperti kita yang belum mahir belajar mengendalikan kereta manual terus menaiki kereta auto.

Bila kita sudah biasa menggunakan kereta auto, adakah mudah untuk kita bawa kereta manual semula yang kita sendiri tak mahir kerana kurang praktis?

🤱Begitu jugalah dengan bayi. Bayi biasanya akan mahir menghisap di payudara selepas tempoh 30 hari. Selepas itu jika bayi mahu diajar menggunakan botol, bukanlah satu masalah lagi. Jika perlu bayi diberikan susu oleh orang lain, gunakanlah cup atau pun sudu dengan teknik yang betul.

🚫 Tidak perlu terikut-ikut dengan trend sesetengah ibu yang mengajar bayi mereka mix botol dan direct feed sejak awal kelahiran lagi. Bayi mereka boleh dikatakan bertuah tidak alami keliru puting kerana setiap bayi itu tentulah tidak sama.

⁉️ Percayalah ibu-ibu yang masih ragu, peratusan bayi yang alami keliru puting bila diperkenalkan botol di bawah usia 30 hari adalah sangat tinggi. Bila ini sudah berlaku, bukan mudah untuk memujuk bayi menyusu semula di payudara.

✅ Tapi jika bayi sudah keliru puting, janganlah bersedih kerana masih ada peluang untuk bayi kembali menyusu di payudara.