BAYI TERSEDAK SEWAKTU MENYUSU?

Biasanya keadaan tersedak pada bayi baru lahir disebabkan oleh aliran susu yang terlalu laju, sedangkan bayi masih berada dalam fasa pembelajaran untuk menelan dan menyesuaikan diri dengan proses menghisap serta menelan susu dengan betul.

Jika aliran susu ibu terlalu laju dan bayi kerap mengalami tersedak ketika menyusu, apakah langkah-langkah yang ibu boleh amalkan untuk mengatasi masalah ini? Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan:

  1. Posisi bersandar
    Posisi ini dikenali sebagai biological nurture position, di mana ibu duduk bersandar dan bayi diletakkan dalam posisi yang menyokong kepala dan badan. Posisi ini membantu memperlahankan aliran susu kerana susu mengalir secara melawan arah graviti, sekaligus memudahkan bayi mengawal kadar susu yang masuk ke dalam mulutnya.
  2. Teknik gunting (Scissor technique)
    Teknik ini melibatkan penggunaan jari ibu untuk mengepit payudara pada bahagian yang menghala ke mulut bayi. Dengan menekan payudara sedikit, aliran susu dapat dikawal dan diperlahan, seterusnya mengurangkan risiko bayi tersedak akibat susu yang terlalu deras.
  3. Menyusu secara baring
    Posisi menyusu secara baring atau berbaring juga boleh membantu memperlahankan aliran susu. Namun begitu, posisi ini memerlukan ibu untuk lebih mahir dan selesa dalam menyusukan bayi. Ramai ibu yang menggemari cara ini kerana ia bukan sahaja membantu mengawal aliran susu, tetapi juga memberikan keselesaan semasa penyusuan.

Leave a Reply