You are currently viewing ‘PAYUDARA TAK RASA BENGKAK…SUSU SAYA SIKIT KE?’

‘PAYUDARA TAK RASA BENGKAK…SUSU SAYA SIKIT KE?’

 ‘Kenapa sekarang saya tak rasa payudara saya penuh macam dalam pantang ya?’

 ‘Saya dah tak pernah rasa bengkak susu. Susu saya dah drop ke?’

PAYUDARA BENGKAK = SUSU BANYAK, adalah MITOS  !!!

Apabila payudara bengkak, memanglah nampak hasil perahan banyak kerana ibu membiarkan payudara penuh terlalu lama.

Tapi susu yang akan terhasil banyak waktu tu ialah foremilk (susu yang lebih cair) berbanding hindmilk (susu yang mengandungi lemak yang tinggi).

Dan payudara akan terima banyak hormon FIL (feedback inhibitor lactation) yang akan mengurangkan penghasilan susu pada waktu berikutnya.

Lama-lama penghasilan susu akan berkurang kerana otak mendapat input DEMAND BERKURANG.

Ibu yang menyusukan bayi terus pada payudara, pastikan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga tempoh yang secukupnya sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi. 

Ini adalah penting supaya bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.

  • Tempoh 5-8 minit pertama, bayi akan mendapat foremilk.
  • Hindmilk akan keluar selepas 8-10 minit. Hindmilk mengandungi molekul lemak yang lebih besar, kerana itu hindmilk lebih lambat keluar kerana ‘memberi laluan’ kepada molekul susu lain yang lebih kecil untuk keluar dahulu.

Jika bayi mempunyai masalah kenaikan berat (tidak ada masalah lekapan, tongue tie, dll), pastikan ibu menyusu di sebelah payudara lebih lama sebelum bertukar ke payudara satu lagi agar bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Leave a Reply