
Pernah tak mommies perasan ada jerawat putih pada puting? Ini mungkin adalah nipple bleb.
- Nipple bleb ni rupanya seperti biji putih atau jerawat pada puting payudara.
- Nipple bleb berlaku kerana terdapat lapisan kulit yang telah menutupi lubang susu atau susu yang telah mengeras. Mommies harus segera merawatnya sebelum menjadi makin teruk.
- Elak cucuk sendiri di rumah, jika tak selesa, boleh terus ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Kenali Struktur Payudara yang Berkaitan:
- Nipple Bleb / Milk Blister kelihatan seperti jerawat putih pada bahagian puting.
- Areola ialah kawasan gelap di sekeliling puting.
- Kelenjar Montgomery berfungsi untuk menghasilkan minyak dan kelembapan serta bertindak sebagai ‘antiseptik’ semulajadi supaya puting ibu kekal bersih.
- Puting ialah tempat saluran susu keluar semasa menyusu.
Punca Nipple Bleb:
- Lekapan yang salah semasa menyusukan bayi.
- Oversupply (penghasilan susu yang berlebihan).
- Suction pam terlalu tinggi ketika mengepam susu.
- Saiz corong pam tidak sesuai dengan saiz payudara.
- Tekanan pada payudara, contohnya akibat tidur meniarap atau bra ketat.
- Bayi mempunyai tongue tie yang menyukarkan hisapan.
- Memakai bra yang terlalu ketat.
Cara Atasi Nipple Bleb:
- Memastikan lekapan dan posisi menyusukan bayi adalah tepat.
- Lakukan hot compression pada nipple bleb sehingga kawasan tersebut menjadi lembut.
- Letakkan kapas yang direndam dengan minyak zaitun pada nipple bleb sehingga ia menjadi lembut.
- Lakukan rendaman Epsom salt untuk membantu melembutkan dan melegakan nipple bleb.
- Jangan sesekali picit atau pecahkan nipple bleb secara paksa kerana ini boleh menyebabkan jangkitan.