
Siapa yang sesuai untuk lakukan urutan ini?
Urutan ini disarankan untuk ibu yang memerah susu kerana ia membantu untuk aliran susu menjadi lebih lancar dan membantu meningkatkan hasil pemerahan susu. Sesuai untuk ibu yang sedang mengalami keruduman susu juga.
Sebelum melakukannya, cuci tangan anda dengan besih dengan air dan sabun.
- Lakukan urutan ke bahagian hadapan payudara dengan tekanan yang lembut.
- Gunakan 2 jari, kemudian buat urutan membulat pada seluruh bahagian payudara.
- Gunakan 2 belah tangan dan buat goncangan pada payudara dengan daya yang lembut.
- Kemudian anda boleh memerah susu seperti biasa.
❗️Walaupun teknik ini dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu perahan, namun perkara asas seperti mengeluarkan susu dengan kerap serta pemilihan pam susu yang bersesuaian adalah penting bagi membantu pengeluaran susu yang berkesan