
“Puan, doktor kata susu saya tak cukup, jadi doktor suggest topup susu formula. Susu apa yang bagus untuk newborn?”
Tanya seorang ibu ketika saya live.
“Sepatutnya doktor tu bukan cakap susu awak tak cukup, tapi teknik penyusuan yang tak cukup..“
Ibu tu terpinga. Tahulah saya, ibu memang tak tahu apa-apa. Teringat kenangan saya ulang alik klinik waktu Isa jaundis dua bulan lepas.
Masa hari ke-4 atau ke-5 tak silap, Isa dirujuk ke hospital sebab nampak bacaan kuning tinggi. Bila di hospital, seorang doktor tanya saya beberapa soalan:
- Dia menyusu berapa lama? Saya jawab: “15-20 minit”
- Najis bayi warna apa? Air kencing? Berapa kali tukar lampin? Saya jawab: “Najis kuning mustard” “Air kencing kuning cair” “4-5 kali minimum tukar lampin”
- Dia menyusu berapa kerap? Saya jawab: “Sejam sekali”
“Ok bagus. Bayi ‘cukup susu’. Normal sahaja bacaan kuning dia sekarang. Kalau ikut minggu dia lahir, bacaan masih ok lagi. Tak perlu stay hospital…”, terang doktor tersebut.
Soalan doktor tersebut biasanya ditanya untuk menentukan:
➡️ Adakah ibu tahu cara menyusukan bayi?
✅ Ini termasuklah POSISI dan LEKAPAN yang betul sepatutnya.
➡️ Adakah bayi dapat susu yang CUKUP?
✅ Cukup dapat dilihat dari segi output bayi seperti warna air kencing dan najis bayi. Dan kekerapan menukar lampin.
➡️ Adakah bayi mendapat susu HINDMILK yang mencukupi?
✅ Hindmilk iaitu susu akhir yang berlemak membantu untuk menurunkan kuning bayi. Dan biasanya bayi dapat hindmilk yang mencukup jika penyusuan berlangsung dalam tempoh optimum (15-20 minit).
➡️ Adakah bayi kerap menyusu?
✅ Bayi newborn yang kerap menyusu biasanya akan menyusu mengikut demand dalam tempoh 1-2 jam. Biasanya peringkat awal lebih kerap dalam sejam sekali. Susu ibu yang mudah hadam juga membuatkan bayi akan kerap menyusu dan dalam masa yang sama membantu untuk menurunkan jaundis.
Berbalik kes ibu yang tanya saya tadi, mungkin jawapan si ibu menunjukkan yang bayi TIDAK DAPAT susu yang CUKUP.
Mungkin jawapan ibu seperi berikut:
➡️ Bayi menyusu kejap tak sampai 10 minit, najis warna hijau, lampin kurang basah dan kurang tukar, bayi susah bangun menyusu.
Bila jawapan ibu begini ada potensi bayi tak dapat susu yang cukup akibat ibu yang TAK CUKUP ILMU ❌
Tapi jawapan doktor yang ringkas itu dan disuruh ibu topup susu formula kerana mungkin tak sempat nak beri nasihat penyusuan supaya bayi ibu segera turun kuning – menyebabkan ibu PERCAYA ➡️ SUSU TAK CUKUP ❌❌
Inilah “TOPUP TRAP” yang bakal berlaku dan menyebabkan akhirnya ibu tak berjaya nak meneruskan penyusuan selain bayi akan hadapi masalah KELIRU PUTING bila ibu beri susu formula guna botol lebih awal.
Kerana pemberian botol terlalu awal (di bawah usia 30 hari) meningkatkan risiko bayi hadapi masalah KELIRU PUTING.
Zaman sekarang ni dah tak boleh nak kata tak tahu. Sebab semua di hujung jari. Tapi bila ada peluang dapat belajar secara bersemuka sambil bawa bayi, kena manfaatkan juga.