Tips Nak Capai Target Menyusu Selama 2 Tahun

Raikanlah sekecil-kecil pencapaian.

Bagi ibu yang baru pertama kali menyusukan cahaya mata, sasaran untuk menyusu sehingga 2 tahun mungkin dirasakan seperti sesuatu yang mustahil atau sangat sukar untuk dicapai. Kuncinya adalah dengan merai dan membahagikan kejayaan tersebut kepada sasaran-sasaran kecil yang lebih mudah diuruskan.

Ibu boleh menetapkan sasaran secara berperingkat seperti berikut:

  • Target Permulaan: Tetapkan sasaran untuk berjaya menyusu selama satu minggu dahulu.
  • Peringkat Awal: Selepas berjaya seminggu, tambahkan sasaran menjadi 2 minggu, kemudian 1 bulan, dan seterusnya 3 bulan

Rasa nak reward diri masa ni? Silakan

Kalian berhak sebab 3 bulan juga bukan tempoh yang mudah nak dilalui bila bayi asyik menangis, mulalah orang cakap ‘sebab tak cukup susu’ dan sebagainya.

  • Peringkat Pertengahan (Diploma): Teruskan usaha sehingga mencapai 6 bulan. Pada tahap ini, ibu biasanya sudah mahir menguruskan hasil perahan dan boleh meraikan kejayaan mencapai ‘diploma’ dalam penyusuan.
  • Fasa Makanan Pelengkap: Selepas 6 bulan, bayi mula makan dan cabaran biasanya mula berkurang. Pejam celik, eh dah 1 tahun. Masa tu ibu rasa, mudahnya penyusuan. Ketika itu, penyusuan ibu akan menjadi sekadar ‘kudap-kudapan’ kerana sumber nutrisi utama bayi adalah daripada makanan.
  • Peringkat Akhir (PHD): Tahu-tahu, ibu akan sampai ke sasaran 2 tahun dan berjaya mendapat ‘PHD’ dalam dunia penyusuan.

Penting untuk Ibu Ingat:

  1. Berikan Sokongan, Bukan Penghakiman: Jika anda telah berjaya, bantulah ibu-ibu lain yang masih bergelut dengan berkongsi sumber penyusuan yang sahih. Elakkan perasaan hasad dengki terhadap mereka yang belum berjaya.
  2. Cari Ilmu yang Betul: Kegagalan atau masalah seperti bengkak susu melarat dan kemurungan sering berlaku kerana kurangnya ilmu atau merujuk kepada ajaran yang salah. Pastikan anda sentiasa menuntut ilmu daripada pakar yang bertauliah.
  3. Hargai Diri Sendiri: Jangan teragak-agak untuk memberi ganjaran (reward) kepada diri sendiri setiap kali anda berjaya mencapai sasaran kecil yang ditetapkan.

Semoga perjalanan penyusuan anda dipermudahkan sehingga mencapai matlamat yang diimpikan.