Susu yang kelihatan cair ialah FOREMILK atau susu awalan
Susu yang kelihatan pekat ialah HINDMILK atau susu akhiran
Foremilk dan Hindmilk ada dalam susu ibu iaitu susu matang yang terhasil selepas susu peralihan dan susu kolostrum.
Susu awal (foremilk) biasanya keluar awal dalam 8-10 minit pertama. Selepas itu barulah keluar susu akhir (hindmilk) yang lebih pekat dan tinggi lemak akan keluar.
Tapi ada ibu yang panik bila dah pam susu lebih 10 minit pun masih lagi keluar susu awal yang cair.
Musim panas, susu akan kelihatan lebih cair untuk memastikan bayi mendapat jumlah air yang mencukupi.
Pada waktu musim sejuk, susu akan kelihatan lebih pekat kerana bayi memerlukan lebih banyak lemak ketika ini.
Jadi tak perlu risau sangat jika susu anda kelihatan lebih cair. Ajaibnya susu ibu ni sentiasa akan berubah mengikut usia bayi, cuaca, keadaan kesihatan bayi dan lain-lian.
Subhanallah, terbaik kan ciptaan Allah?
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi