You are currently viewing Tips Pengambilan Air dan Makan untuk Ibu Menyusu Berpuasa.

Tips Pengambilan Air dan Makan untuk Ibu Menyusu Berpuasa.

Kurang dari 3 bulan lagi umat Islam di Malaysia bakal berpuasa. Ibu menyusu juga tidak dikecualikan dari ibadah mulia di bulan Ramadhan ini, namun kelonggaran diberikan buat ibu menyusu untuk mengambil rukhsah. Inilah masanya untuk ibu cuba melatih diri untuk berpuasa, dengan melakukan puasa ganti atau puasa sunat.

Ramai yang tanya saya, ‘Apa tips Puan berpuasa?’

Antara salah satu tips saya ialah, bersahur.

Bersahur amat penting untuk ibu menyusu dan ia juga membekalkan tenaga untuk anda melakukan aktiviti semasa berpuasa.

Ini tips atau cara saya makan dan minum air yang saya amalkan,

  • Pinggan saya perlu mengandungi protein(seperti ikan, ayam, daging,telur dan kekacang) yang mencukupi
  • Serat seperti sayur-sayuran atau buah-buahan
  • Nasi pula saya pilih jenis GI rendah supaya tahan lapar lebih lama

Pengambilan air juga penting walaupun berpuasa, haruslah mencukupi bagi mengelak tubuh ibu kekurangan air.|

Tips minum air pula saya cuba buat begini:

  • Untuk berbuka minum 1 gelas air bersama 3 biji kurma. Kemudian lakukan solat maghrib untuk beri tubuh lebih bertenaga.
  • Selepas maghrib makan hidangan yang berat dan minum segelas air.
  • Teruskan berselang-seli minum air sebanyak 4 gelas waktu solat isyak sehingga solat terawih.
  • Semasa bangun sahur minum segelas Air Nabeez(Air rendaman kurma/kismis)
  • Selesai bersahur, minum segelas Air Nabeez lagi.

Begitulah sedikit tips yang saya amalkan semasa berpuasa, mungkin ibu menyusu yang lain boleh cuba dan sesuaikan dengan keadaan anda.

Nad Masrom,
Kaunselor Laktasi.

Leave a Reply