You are currently viewing BARANG PENYUSUAN APA NAK BELI SEBELUM BERSALIN?

BARANG PENYUSUAN APA NAK BELI SEBELUM BERSALIN?

Selagi belum melahirkan bayi, kalau boleh semua yang ada dalam ‘wishlist’ tu nak belikan? Adakalanya sampai naik pening, sebab macam semua kena beli.

Jom kami senaraikan senaraikan kelengkapan penyusuan yang boleh disediakan mengikut keperluan utama dan melihat kepada keadaan tertentu anda nanti.

1. Picagari dan Feeding Cup-Untuk kumpulkan susu kolostrum jika bayi tidak bersama ibu (bayi mungkin di NICU selepas dilahirkan)

2. Breastfeeding Relief Thermal Pad – Sesuai digunakan untuk meransang pengeluaran susu serta untuk tuam payudara semasa sedang alami bengkak susu(sesuai untuk kegunaan tuaman sejuk dan panas)

3. Pam susu-Amat diperlukan jika bayi tidak bersama ibu contohnya bayi perlu dipantau di NICU. Jadi ibu perlu memerah untuk bekalkan susu pada bayi.

Ibu juga disarankan untuk mahirkan teknik memerah menggunakan tangan(Marmet). Memerah terutama 72 jam pertama lepas kelahiran bayi menggunakan Teknik Marmet amat berkesan untuk mengeluarkan susu kerana fasa ini ialah fasa kolostrum dan susu kolostrum ni pekat likat macam gam. Nak guna pam untuk rangsang susu keluar mungkin boleh tapi mengeluarkan susu kolostrum dengan efektik menggunakan pam sebenarnya agak sukar dan tidak optimum.

[ KOLOSTRUM DAH ADA DI PAYUDARA SEJAK KANDUNGAN 16 MINGGU ] – Ia hanya akan keluar apabila ada rangsangan di payudara seperti hisapan bayi, urutan atau memerah. Jadi jika bayi sentiasa bersama anda, manfaatkan waktu ini untuk terus menyusui bayi di payudara.

Jadi ibu perlu tahu bagaimana keadaan atau situasi kehamilan ibu untuk menjangka kemungkinan yang akan berlaku semasa proses melahirkan, dari situ ibu boleh merangka produk penyusuan yang mana satu sesuai untuk disediakan lebih awal.

Mudahkan?

Nad Masrom,
Kaunselor Laktasi.

Leave a Reply