You are currently viewing KOLOSTRUM SUDAH TERHASIL SEJAK KANDUNGAN BERUSIA 16 MINGGU.

KOLOSTRUM SUDAH TERHASIL SEJAK KANDUNGAN BERUSIA 16 MINGGU.

‘Tapi kenapa susu saya tak keluar pun masa mengandung?’

Jawapannya kerana hormon kehamilan yang lebih tinggi dan menghalang susu keluar awal. Ada sebahagian ibu sahaja yang susu kolostrum keluar sewaktu mengandung.

Peringkat awal kelahiran, susu yang terhasil ialah kolostrum. Berlaku lebih kurang pada hari 1-3.

Kuantiti kolostrum yang terhasil memang sedikit (sekitar 5ml – 10ml) berkadaran dengan saiz perut bayi yang masih kecil (lebih kurang sebesar saiz guli).

Warna kolostrum lebih kekuningan (ada juga yang berwarna jingga, jernih atau kehijauan) dan kolostrum lebih bersifat pekat dan likat.

Kemudian, susu perantara mula terhasil, lebih kurang pada hari ke-3 hingga hari ke-7 kelahiran.

Dan lebih kurang selepas seminggu kelahiran (adakalanya selepas 10 hari atau 14 hari), barulah susu matang terhasil.

Warna susu matang biasanya putih dan mengandungi komposisi Foremilk dan Hindmilk.

Nad Masrom,
Kaunselor Laktasi.

Leave a Reply