BAYI 3 BULAN TOLAK UNTUK MENYUSU, KENAPA?

Sebenarnya bayi berusia 3 bulan bukanlah tidak berminat atau menolak untuk menyusu,
tetapi pada usia 3 bulan ke atas, mereka mula menjadi lebih peka terhadap persekitaran.

Perhatian mereka mudah teralih sama ada pada bunyi, cahaya atau pergerakan di sekeliling.
Ibu mungkin terlepas pandang simptom ini kerana pada masa yang sama, bayi juga kelihatan lebih aktif, memalingkan muka, dan mula menunjukkan minat terhadap dunia sekelilingnya.

Ini adalah perkembangan normal pada bayi
Pendengaran dan penglihatan bayi semakin jelas, dan mereka mula aktif bermain serta bergerak.

Bagaimana Nak Atasi Situasi Ini?

👉🏻 Bawa bayi ke tempat yang tenang – masuk ke bilik, malapkan lampu dan cipta suasana yang selesa.
👉🏻 Elakkan menyusu dalam keadaan tergesa-gesa. Ambil masa, tenangkan diri dan bayi.
👉🏻 Kurangkan gangguan luar – seperti bunyi bising, skrin telefon atau cahaya terang.
👉🏻 Pastikan bayi selesa dahulu – contohnya, tukar lampin sebelum sesi penyusuan.
👉🏻 Teruskan galakkan bayi menyusu walaupun dia kelihatan mudah terganggu.

Kalau anda sedang lalui fasa ini,
Berikan sedikit masa pada bayi, kekalkan kesabaran dan teruskan mencuba.

💗 Perkembangan bayi memang menakjubkan, peluk mereka, tenangkan mereka, dan teruskan menyusu dengan penuh kasih sayang.

Leave a Reply