
“Walaupun saya dah susukan, anak saya tetap tak tidur… Maksudnya susu saya tak cukup, ke?”
👉🏻Sebenarnya, tidur atau tidak tidur selepas menyusu bukanlah penanda utama sama ada bayi anda mendapat susu yang mencukupi atau tidak. Ada sesetengah bayi memerlukan masa dan bantuan untuk masuk ke fasa mamai dan tenang sebelum mereka benar-benar tidur lena. Jadi, jangan cepat risau ya, ibu-ibu. Ini adalah perkara biasa dan tidak semestinya berkait dengan kuantiti atau kualiti susu anda.
“Anak saya macam tak cukup susu… Dah susukan tapi masih cari-cari lagi.”
👉🏻Tingkah laku bayi yang seolah-olah mencari selepas menyusu itu adalah satu refleks semula jadi yang dinamakan Rooting Reflex. Ia bukanlah petunjuk bahawa bayi anda masih lapar atau tidak puas menyusu. Refleks ini boleh berterusan walaupun perut bayi sudah kenyang, kerana bayi secara naluri mencari rasa selamat dan mahu berada dekat dengan ibu.
“Anak saya kuat menangis dan kerap terjaga waktu tidur. Agaknya susu saya tak cukup pekat, kot?”
👉🏻Jangan terus salahkan susu sendiri ya, ibu. Menangis dan terjaga dari tidur boleh berlaku atas pelbagai sebab, bukan semata-mata kerana susu tidak cukup pekat. Untuk mengenal pasti sama ada bayi anda mendapat cukup susu atau tidak, tanda-tanda seperti kekerapan kencing dan berak serta kadar kenaikan berat badan adalah lebih tepat dijadikan rujukan. Jika semuanya dalam julat normal, maka kemungkinan besar bayi anda mendapat susu yang mencukupi. Namun, jika tangisan masih kerap dan berpanjangan, mungkin ada isu lain seperti ketidakselesaan, overstimulasi, atau perlunya sokongan dalam rutin tidur yang perlu diperhatikan.