You are currently viewing 5 Tips Beri Susu Perahan (EBM) Kepada Bayi

5 Tips Beri Susu Perahan (EBM) Kepada Bayi

Sebelum mula beri susu perahan, ibu perlu tahu:
📌 Bayi bawah 4 hingga 6 minggu tak digalakkan diberi botol kerana berisiko mengalami keliru puting. Ini boleh jejaskan proses penyusuan terus dari payudara.

Jadi, pastikan penyusuan badan dah stabil dulu sebelum perkenalkan botol.

1. Mulakan dengan Fresh EBM
Gunakan susu yang baru diperah terlebih dahulu. Susu ini lebih mudah diterima bayi kerana suhunya sesuai dan rasanya lebih ‘fresh’. Bila bayi dah biasa, baru perkenalkan Chill EBM (disimpan dalam peti sejuk), dan seterusnya Frozen EBM.

2. Gunakan Botol Slim Neck
Botol jenis ini lebih menyerupai bentuk dan posisi hisapan payudara. Bayi lebih mudah adapt dan tak tolak bila kembali menyusu badan. Tapi elakkan beri botol pada bayi bawah 30 hari ya.

3. Orang Lain yang Suakan Botol
Sebaiknya suami atau pengasuh yang beri botol. Ini kerana tubuh ibu mengeluarkan bau susu dari kelenjar Montgomery yang boleh buat bayi keliru – susu datang dari botol, tapi ibu ada depan mata. Bayi boleh jadi tak fokus dan meragam.

4. Jangan Paksa Bayi
Kalau bayi tolak botol, jangan paksa. Tekanan boleh buat bayi jadi trauma dan susah nak menyusu semula. Cuba perlahan-lahan, dalam suasana tenang, dan ikut keselesaan bayi.

5. Amalkan Teknik Pace Feeding
Teknik ni bantu bayi menyusu dari botol dengan cara perlahan dan selamat dan lebih terkawal, tak tersedak, dan tak terlalu laju. Pace Feeding juga bantu bayi mudah kembali menyusu di payudara bila bersama ibu.

Leave a Reply