Ramai ibu menyusu mungkin pernah dengar tentang suplemen Lecithin yang dikatakan boleh membantu mengatasi masalah bengkak susu. Tapi… benarkah dengan ambil Lecithin sahaja, masalah ni boleh selesai?
Sebenarnya, Lecithin bukanlah ubat magic, tapi ia boleh membantu dalam sesetengah keadaan.
💊 Apa Itu Lecithin & Bagaimana Ia Berfungsi?
Lecithin adalah sejenis suplemen yang dipercayai membantu:
- Mengurangkan kelikatan susu, supaya aliran susu lebih lancar.
- Mencegah saluran susu tersumbat, terutama jika ibu sering alami clogged duct.
Namun, pengambilan Lecithin hanya sebagai sokongan, bukan rawatan utama. Ibu masih perlu ambil langkah-langkah lain untuk pulihkan dan cegah bengkak susu.
🍼 Apa Lagi Ibu Perlu Buat Kalau Bengkak Susu?
Berikut antara langkah penting yang WAJIB dilakukan selain mengambil Lecithin:
❤️ Periksa teknik lekapan bayi.
Pastikan bayi melekap dengan betul supaya susu dapat dikeluarkan dengan efektif.
⏱️ Pantau kekerapan bayi menyusu.
Adakah bayi tiba-tiba kurang menyusu kerana tak sihat, demam kuning (jaundis), atau fasa tumbuh gigi?
🧊 Tuam sejuk atau panas.
Tuam panas sebelum menyusu bantu cairkan susu, tuam sejuk selepas menyusu kurangkan bengkak dan sakit.
🤱 Kosongkan payudara sepenuhnya.
Kalau bayi tak habiskan, ibu boleh perah guna tangan atau pam untuk elakkan saluran susu tersumbat.
🛌 Rehat secukupnya.
Stres & keletihan boleh ganggu hormon penyusuan. Rehat yang cukup bantu badan recover dengan baik.
🧼 Urutan perlahan & kompres.
Urut payudara secara lembut ke arah puting untuk bantu lancarkan aliran susu.
Dapatkan bantuan sokongan.
Jika bengkak makin teruk atau demam, segera jumpa kaunselor laktasi atau doktor. Mungkin ada jangkitan yang perlukan rawatan.