You are currently viewing Tips Menyusu untuk Ibu yang Ada Payudara Besar

Tips Menyusu untuk Ibu yang Ada Payudara Besar

🌸 3 Tips Menyusu untuk Ibu yang Ada Payudara Besar

Menyusu dengan payudara besar kadang boleh jadi mencabar, sebab mudah tutup muka bayi, buat bayi lemas, atau ibu rasa cepat lenguh. Tapi dengan teknik yang betul, sesi menyusu boleh jadi lebih selesa dan selamat.

✅ 1. Guna Posisi Biologikal

Ibu boleh cuba posisi menyusu sambil bersandar. Bayi diletakkan atas dada/perut ibu. Posisi ni bantu elak muka bayi tertutup oleh payudara dan bayi lebih mudah menyusu dengan selamat.

✅ 2. Jaga Postur Semasa Menyusu

Elak menyusu dalam keadaan membongkok. Letakkan bantal di belakang dan guna nursing pillow di depan. Ini bantu bahu lebih relaks dan kurangkan rasa lenguh bila menyusu lama.

✅ 3. Teknik “Breast Sandwich”

Sebelum menyusu, kepit sedikit payudara ikut saiz mulut bayi supaya senang latch. Teknik ni bantu elak muka bayi tertutup dan ibu boleh kawal kedudukan dengan lebih baik.

Leave a Reply