
Penyusuan kerap dapat membantu menurun aras bilirubin dalam darah dan secara tak langsung menurunkan kuning.
Ibu menyusu perlu pastikan:
✅ Bayi disusukan sekerapnya lebih kurang 1-2 jam sekali
✅ Menyusu dalam tempoh 15-20 minit untuk satu sesi dan satu payudara bagi memastikan bayi dapat cukup hindmilk
✅ Untuk tahu bayi cukup susu lihat output. Jika air kencing warna kuning cair, najis kuning mustard in shaa Allah tanda susu cukup
Jom kita lihat mitos nak turunkan jaundis:
Mitos: Beri air kosong atau air anggur untuk ‘mencuci’ jaundis
Ramai yang percaya air kosong atau air anggur boleh bantu rawat jaundis. Sebenarnya, bayi di bawah 6 bulan tidak memerlukan air tambahan, dan hanya susu ibu sudah mencukupi untuk membuang bilirubin dari tubuh mereka.
Mitos: Susu ibu menyebabkan jaundis dan perlu dihentikan
Ada yang percaya bahawa susu ibu menjadi punca jaundis, jadi ibu harus berhenti menyusu.
Namun, jaundis pada bayi baru lahir adalah perkara biasa dan biasanya bersifat sementara.
Susu ibu tidak menyebabkan jaundis; malah, menyusu kerap dapat membantu menyingkirkan bilirubin dengan lebih cepat.
Mitos: Menggunakan air rebusan herba atau daun tertentu pada bayi
Ada yang percaya bahawa memandikan bayi dengan air rebusan herba atau daun tertentu boleh menghilangkan jaundis.
Namun, ini tidak terbukti secara perubatan dan mungkin menimbulkan reaksi alahan atau iritasi kulit pada bayi.
Mitos: Memberi susu kambing untuk turunkan jaundis
Walaupun susu kambing dilihat sebagai pilihan “semulajadi,” ia sebenarnya kurang sesuai untuk bayi.
Antara risikonya:
➡️ Kekurangan folat: Susu kambing rendah kandungan folat, yang penting untuk pembentukan sel darah merah.
➡️ Kandungan mineral tinggi: Elektrolit seperti natrium tinggi dalam susu kambing boleh memberi tekanan pada ginjal bayi yang belum matang.
➡️ Reaksi alahan: Susu kambing mengandungi protein yang mungkin mencetuskan alahan pada bayi.
➡️ Kurang zat besi: Boleh menyebabkan anemia jika bayi tidak menerima zat besi yang mencukupi.
✅ Sebenarnya, rawatan terbaik untuk jaundis adalah penyusuan kerap untuk membantu menyuingkirkan bilirubin melalui perkumuhan.
✅ Ibu-ibu menyusu dapatkan bantuan kaunselor penyusuan jika tidak pasti tentang teknik penyusuan yang betul terutama posisi dan lekapan.