
Kerana membandingkan diri dengan orang lain hanya akan melemahkan semangat dan menjejaskan keyakinan diri. Hasil susu yang kelihatan banyak pada orang lain boleh membuatkan ibu rasa tertekan dan tidak bermotivasi—lebih-lebih lagi jika ibu belum memahami sepenuhnya tentang fasa-fasa penghasilan susu ibu yang normal dan semula jadi.
Akhirnya, ibu mungkin mula mempersoalkan diri sendiri dan dilanda keraguan seperti:
➡️ “Kenapa susu aku sikit sangat?”
➡️ “Cukup ke susu aku untuk anak ni?”
➡️ “Patutlah anak asyik menangis je, mungkin sebab susu tak cukup…”
➡️ “Mungkin sebab tu juga kuning anak tak surut-surut…”
Padahal, realitinya penghasilan susu ibu adalah cukup asalkan memenuhi keperluan-keperluan asas berikut:
✅ Mengikut usia dan keperluan sebenar bayi
✅ Ibu menyusukan bayi dengan kerap, secara langsung (direct latch)
✅ Tanda-tanda output bayi normal — lampin kencing kelihatan kuning cair dan najis berwarna kuning mustard
✅ Kenaikan berat badan bayi setiap bulan adalah mengikut carta pertumbuhan (growth chart) yang sihat
Penting untuk ibu faham:
Jumlah susu yang sedikit tidak bermakna ia tidak mencukupi.
Yang lebih penting adalah konsistensi dalam penyusuan. Lebih baik susu sedikit tapi dihasilkan dan diberikan secara berterusan, berbanding susu yang banyak tetapi tidak menjamin keperluan bayi sehingga usia dua tahun.
Apa yang sepatutnya ibu fokuskan ialah tanda-tanda kesihatan bayi yang positif:
👍🏻 Berat badan bayi meningkat secara konsisten
👍🏻 Air kencing bayi berwarna kuning cair dan tidak pekat seperti teh
👍🏻 Najis bayi berwarna kuning mustard, seperti sepatutnya
👍🏻 Bayi aktif dan responsif
👍🏻 Kulit bayi lembap, tidak kering dan tidak kelihatan lesu