TIPS BERPUASA UNTUK IBU-IBU MENYUSU

Buat ibu-ibu menyusu, ‘cuba untuk berpuasa’ tu bukan sekadar cuba tahan lapar dan dahaga sahaja. Ibu-ibu juga patut ‘cuba buat persiapan’.

Ramai ibu-ibu menyusu yang tidak berpuasa kerana rukhsah. Ya memang benar rukhsah itu dibenarkan jika ibu bimbang kesihatan dirinya atau bayi yang disusukan.

Tapi, bagaimana dengan persediaan ibu untuk berpuasa? Adakah ibu memang betul-betul bersedia?

Saya kongsikan semula beberapa tips berpuasa untuk ibu-ibu menyusu.

  1. Mindset yang positif

Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.

  1. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks

Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.

  1. Makan kurma

Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga lebih lama kepada ibu menyusu. Kalau tak boleh makan kurma, boleh kisar dengan susu.

  1. Minum air secukupnya

Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8-10 gelas air sepanjang malam.

  1. Kurangkan kafein dan makanan berminyak

Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.

  1. Ubah suai jadual memerah

Sesi pertama memerah boleh dilakukan selepas bersahur. Kemudian ibu-ibu boleh perah sekurangnya 2x di tempat kerja (pastikan gap tidak melebihi 3-4jam).

Bila balik rumah nanti, boleh terus direct feed baby dan sekiranya perlu, mengepamlah pada waktu malam selepas berbuka untuk bekalan stok hari berikutnya.

  1. Minta bantuan orang lain untuk beri susu kepada bayi

Jika ibu-ibu keletihan kerana bayi kerap menyusu, boleh minta bantuan suami untuk beri bayi EBM guna botol (bayi berusia 30 hari ke atas). Tapi ibu janganlah biarkan breast penuh pula ya. Keluarkan susu melalui marmet /pam jika perlu.

  1. Breast compression

Ketika menyusu. Kalau nampak bayi fussy, boleh buat breast compression juga untuk bantu susu keluar dengan lebih baik.

  1. Berdoa

Usaha, doa dan tawakal. Biasa kita dengar tiga perkataan azimat ini. Maksudnya sebelum kita pasrah menyerah, kita perlu berusaha dulu.

Macam saya cakap tadi, usaha minum air yang cukup, sahur yang cukup, pilih makanan terbaik untuk sahur dan berusaha untuk persiapkan mindset kita terlebih dahulu.

Paling penting, bagaimana kita sebagai ibu menyusu nak yakinkan diri bahawa kita mampu menghasilkan susu yang mencukupi.