“Menyesalnya breastfeeding, sebab susah sangat nak wean off anak…”

Kalau kita boleh sabar tunggu anak lalui milestone sejak bayi seperti mula meniarap, merangkak, berjalan langkah pertama, pandai mengagah dan memanggil nama ibu dan ayah, kenapa milestone untuk dia BELAJAR PUTUS SUSU, kita sebolehnya nak dia cepat-cepat berjaya?

Dan sebagai ibu, kita seperti ‘pentingkan diri’ bila nak anak cepat-cepat putus susu tanpa hiraukan emosi dan persediaan mental anak tu sendiri.

Ya, kita sebagai ibu mungkin burn out anak masih menyusu dan tak bersedia nak putus susu.

Tapi kebanyakan ibu akan memberi alasan setelah cuba melakukan tips berkaitan, “Saya tak sampai hati bila dia nangis, jadi saya give up dan mengalah…”

Maka berterusanlah masalah untuk putus susu ini berlaku di saat ibu juga tak dapat support dari suami yang tak tahan telinga dengar anak menangis dan ibu serta masing-masing struggle melawan emosi.

❌ WEAN OFF bukan dilakukan sehingga anak menangis melalak tak boleh urus emosi dengan baik.

Ada peringkatnya. Normal sahaja peringkat awal ada anak yang sedih, kurang faham dan meragam. Tapi kita taklah kejam terus tak bagi anak menyusu langsung pada fasa awal latihan.

  1. Hari pertama mungkin kita perlu latih alihkan perhatian anak selama 5-10 minit. Lihat respons anak. Pastikan tidak dilakukan dalam keadaan anak sedang kelaparan atau dalam keadaan anak overtired (sangat keletihan).
  2. Pastikan tangki emosi anak sentiasa terisi. Mengalih perhatian anak dengan melakukan aktiviti yang digemari dan ibu atau ayah perlu sama melakukan aktiviti.
  3. Membuatkan anak faham yang putus susu itu adalah satu proses untuk anak beralih hubungan dengan ibunya yang selama ini melalui penyusuan kepada pelukan dan aktiviti yang menyeronokkan.

Dan sebenarnya anak yang terlalu lama menyusu dengan ibunya ada isu dengan bonding bersama ibu.

Leave a Reply